24 Syawal 1431H.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai tidak wajar.
Menteri Besar Kelantan itu, menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.
"Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.
"Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni," katanya.

5 ulasan:
Ku Li tak sesuai turun tanding di peringkat DUN kerana dia anak raja atau Pas sendiri rasa gentar nak berdepan dengan beliau ?
BUKAN GENTAR...
TAPI TAK NAK BERMUSUH
Jika benar Ku Li sebagai calon DUN galas dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan pada oktober ini adalah langkah bijak umno untuk merampas kembali kerusi milik PAS.
Setakat hari ini tiada calon umno yang lebih baik dan terbaik berbanding dengan KU Li.
Inilah orang perangai UMNO yang tidak boleh dibaca oleh orang PAS, macam juga kes Ibrahim Ali yang diberi kepercayaaan bertanding parlimen Pasir Mas.
Saya pernah kata Ku Li tidak ikhlas berbaik dengan PAS tapi ramai yang marah marah kerana buruk sangka terhadapnya.
Sekarang PAS kena tipu lagi awas akan banyak lagi kena tipu.
Mereka2 yang duduk diatas, hari ini kena faham bahawa para rakyat di zaman internet ini tak macam orang dulu dulu.
Orang dulu, apa kata pemimpin semua betul belaka, apa kata tok guru semuanya benar belaka dan tidak ada yang tidak benar.
Hari ini rakyat akan letak tanda soal " ? " dituruti dengan ungkapan " iya ker ??? "
PAS kecut!
Catat Ulasan