25 Oktober 2010

ULARMAK MUDA DALAM UMNO MULA TERPALIT `NAJIS' DALAM `TONG NAJIS'

16 Zulkaidah 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA Pembangkang terutamanya PAS yang kena belasah oleh `Ularmak Muda' Umno apabila PAS mengkritik dan menentang penganjuran `Festival Busana Islam' (IFF) yang melibatkan bini Najib si Rosmah. Seperti yang kita jangkakan, `ularmak' Umno ini menyalahkan PAS kerana `tidak tarik tangan' si Rosmah dan `menasihat' beliau. Itulah yang Islam ajar, kata si `ularmak' ini. Baca sini.

Bukan salah si Rosmah, katanya. Si Rosmah hanya `Penaung', yang salah `Penganjur'. Lihatlah betapa `ularmak' ini mempertahankan si Rosmah. Beliau mengaku tidak bersetuju penganjuran itu dikaitkan dengan Islam, tetapi untuk menunjukkan `ularmak' ini tidak bersetuju, maka disebutlah sang Rosmah `tidak bersalah' kerana dia hanya `Penaung'. Jika begitu hukumnya, bolehlah kita menjadi `Penaung' syarikat Judi, kilang arak dan pelacuran kot.

`Ularmak' muda yang duduk dalam `tong najis' cuba untuk mencuci najis di dalam tong berkenaan. Awal mula kita sudah lihat bagaimana najis terpalit di sebahagian tubuhnya. Pecayalah, tidak lama lagi seluruh tubuh si `ularmak' ini dipenuhi najis. Siapa di antara mereka sekarang sedang `menarik tangan' si Rosmah dan memberikan nasihat umpama si bapa beri nasihat kepada anak yang belum `mumayyiz'. Cubalah, jika ada keberanian `ularmak' itu untuk mendekati Rosmah, jauh sekali untuk menasihatinya.

Pendekatan PAS waktu ini amat lembut untuk menegur bini Najib yang semakin jauh terpesong itu. Cara demontrasi aman dan menghantar memorandum itu kasar sangatkah? Mana lebih kasar dengan semburan air kimia atau belantan di kepala oleh FRU? Beranikah `ularmak' ini memberi jaminan bahawa Rosmah bersedia untuk menerima tazkirah dari PAS tentang isu ini? Jika ada jaminan, saya percaya PAS sanggup bersemuka dengan Rosmah malahan lakinya Najib itu. Kalau `ularmak' dalam Umno itu pun tidak dapat mendekati Rosmah dan menasihatinya, masakan PAS dapat berbuat demikian. Jika `ularmak' muda itu sudah pun berjumpa Rosmah, mengapa Rosmah tidak mematuhi nasihat dari `ularmak' muda itu?

Nampaknya memang jelas, tepat seperti yang kita jangkakan bahawa kehadiran `ularmak' muda di dalam Umno hanyalah untuk mempertahankan sang Rosmah. Di dalam perhimpunan Umno di PWTC, di depan Najib, mereka mempertahankan Rosmah. Oleh itu, apa lagi ahli-ahli Umno mahu tunggu? Siapa lagi yang mereka boleh harapkan untuk membela Islam di dalam Umno? Jika mereka benar-benar cintakan Islam, mereka wajib keluar dari Umno sertamerta./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umat islam asyik saling kata mengata. Yang mengaku ulamak pun dua kali lima saja.

Sebab itu lah orang melayu tak maju dari segi ekonomi. Yang jadi ulamak nak ajar pengikut2nya ilmu berkenaan ekonomi tak berapa reti, yang dia reti dia cerita keburukan orang yang tak sekapal dengan dia.

Heee, menyampahnya aku. Baik aku tengok bola daripada duk dengar hasutan mereka. Pi meniaga burger pun dapat juga sepuluh dua puluh ringgit.

Tanpa Nama berkata...

ini lagi satu .....buta dgn dunia
yg dia tau nok kecek pasal ekonomi..
kalu stakat niaga burger dan tgk bola..
tak gi mana pong....
takkan nak ajak ulamak niaga burger

Tanpa Nama berkata...

ako setuju dengan pandangan 1 ulasan (manusia tak bernama spt ako)...dari dengar hasutan mereka, lebih baik & afdal duduk tengok bola atau jual burger...pandai lagi memandai. Sebab tu korang tetap jadi Me-Layu. Orang dah lama jual kapal selam, ko masih nak jual burger. Lepas tu kata ulamak tak pandai dari segi ekonomi. Yang sebenarnya...yang tak pandai engko. Kalau ko pandai, dah tentu ko yang jadi Perdana Menteri.
Terima kasih atas sokongan 1 ulasan...hehehe

Tanpa Nama berkata...

bapak mufti anak jahil tahap gaban..toksahlah suka dipanggil ulamak atau ilmuan islam..ko ni layak dipanggil juhalak islam je..

-geng wahabi

Tanpa Nama berkata...

bodoh btl tanpa nama berkata. x tau kea, kita tidak sama sekali berkompromi dalam mencegah kemungkaran

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah.. dahla tu.. kpd yg kurang ilmu n tidak faham, xyahla kita marah..
Kita ikhtiar nasihat dulu,kl x nk dgr, kita tunjuk jea. Insyallah,lama-lama okla..
Kita pupuk kekuatan n ukuwah diantara kita..
Amin...

Tuk Puntum berkata...

"Pendekatan PAS waktu ini amat lembut untuk menegur bini Najib yang semakin jauh terpesong itu." Salah guna perkataan tu, bukan bini Najib tapi suami Najib, ketua PM dan merangkap Menteri di Kementerian PERMATA yang dapat peruntukan RM111 juta dalam bajet hari tu.