20 November 2010

BANNER HARI RAYA I'DUL ADHA: USAHA SABOTAJ ZAMBRY?

13 Zulhijjah 1431H.
Safarizal Saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat isu kesilapan cetakan di dalam banner-banner bersempena Hari Raya I'dul Adha Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berlaku kesilapan tarikh Hijrah terus menjadi perbualan di dalam blog-blog terutamanya blog pro Umno yang marah dengan suasana tersebut.

Tarikh Hijrah yang sepatutnya pada 10 Zulhijjah bersama 17 November yang lalu di cetak dengan tarikh 17 Zulhijjah adalah amat memalukan. Sumber-sumber yang memberitahu DPPN Pk, syarikat percetakan tersebut bukannya baru mendapat projek-projek daripada Pejabat Menteri Besar, tetapi sejak perlantikan Datuk Seri Zambry
pada tahun lepas lagi.

Difahamkan juga terdapat dakwaan bahawa syarikat tersebut ada terbabit dengan salah seorang pegawai di Pejabat Menteri Besar? Hari Raya I'dul Adha atau Hari Raya Qurban lazimnya di sambut pada 10 Zulhijjah tetapi agak pelik kerana seluruh Negeri Perak

Banner tersebut di pasang dengan memaparkan tarikh pada 17 Zulhijjah. Walaupun usaha memperbetulkan tarikh tersebut dapat dilihat, tetapi daripada integritinya syarikat tersebut tidak sepatutnya diberikan lagi projek di masa hadapan kerana jelas telah memalukan Datuk Seri Zambry .

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

raya pun dua hari selepas wukuf ..

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman tuan,

Huda Al Hadi berkata...

DPPNP pohon tak perlu ulas masalah orang UMNO BN; buang masa sahaja. Baik cerita Kerja Amal dan program PAS lebih baikkan...

Masalah UMNO biar mereka selesaikan... lagi pun UMNO sudah dipenghujung jalan mati, dah tak ada prospek ntuk rakyat lagi dalam UMNO.

Kalau PAS nak berjaya sentiasalah jual produk kebajikan yang PAS pelupuri dari menjaja keburukan UMNO kerana generasi kini telah tahu tembelang UMNO. Kalau di medan perang orang muda yang sasa banyak memberi kemenangan kepada pasokan. Maka PPNP sewajarnya penyerang dan benteng pertahan dalam setiap perjuangan.

Syabas kepada PPNP yang sentiasa responsif tetapi jangan terlalu emosi dengan karenah orang lain.

Tanpa Nama berkata...

moh kita bramai2 krahkan/prahkan idea kita untuk tumbangkan krajaan BN... jgn dok diam lagi ni la masnye.... jom2....