Oleh: WFAUZDIN NS
AGAK lama juga Rais Yatim menyepi. Semalam dia bercakap tentang DS Anwar setelah boss Rais, Najib memberi komen tentang kenyataan DS Anwar terhadap Malaysia sebuah Negara Islam Moden. Aku pun tidak tahu samada Umno selama ini menganggap Islam itu ada yang kunu, moden atau Islam yang sentiasa sesuai sepanjang zaman.
Kerajaan Turki di zaman Kamal Antartuk juga pernah digelar sebuah kerajaan Islam Moden. Jadi, tidak hairan juga Malaysia di bawah kerajaan Umno/Bn mendapat gelaran yang lebih kurang sama. Jika di zaman Kamal Antartuk, wanita Islam tidak dibenarkan bertudung atau menutup aurat, di zaman sekarang di negara kita isteri pemimpin pun bersepah yang tidak menutup aurat. Jadi, pelik apanya kita dengan pengiktirafan yang datangnya pula dari negara-negara `penyembah barat' itu?
Rais Yatim memberi perumpamaan kepada Anwar iaitu sebagai `ikan sembilang di dalam air yang keruh/berlumpur', di mana ikan ini akan menyengat kiri dan kanannya. Jika begitu perumpamaan Rais Yatim, saya rasa hebat sungguh Anwar Ibrahim. Buktinya, Umno kerap kali terkena `sengatan' dari Anwar. Bisanya sampai sekarang masih terasa. Oleh kerana `bisa'nya Anwar ini, maka tidak hairanlah ada usaha-usaha jahat untuk menghapuskannya. Jika Umno bernasib baik, tiadalah kena sengat tetapi apa yang selalu terjadi Umno kerap kali terkena sengat `ikan sembilang' ini.
Jika Anwar umpama `ikan sembilang bersengat', maka tentulah Rais Yatim layak menjadi `ikan emas di dalam akuarium'. Mana lebih hebat ? Ikan Sembilang ini jika mati pun, beliau akan melawan habis-habisan dan bukan mudah untuk menangkap ikan sembilang berbisa ini. `Ikan Emas' di dalam akuarium pula, sentiasa diberi makan dan kalau tidak diberi makan sekejap sahaja maka mati terapung lah ia di dalam akuarium dengan keadaan perut yang kembung. Maknanya, ikan emas ini mesti diberi makan. Rais Yatim pun begitu keadaannya. Sebab itulah beliau tidak boleh bertahan di luar Umno, beliau tinggalkan Parti Melayu Semangat 46 dan sanggup menjadi ikan emas di dalam akuarium.
Kesimpulannya, Rais Yatim secara tidak langsung mengiktiraf kehebatan DS Anwar. /wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:
Tahniah...satu kenyataan yang benar dan tak secara langsung menegur isteri para pemimpin secara khususnya dan kepada wanita yang masih tidak bertudung secara am nya...
Ikan jerung pun banyak didalam UMNO tu.
Bukan sahaja ikan emas ,ikan jerung ,ikan butal pun ada. Macam -macam ada,
bagi negara islam moden isteri pemimpin negara tak perlu pakai tudung atau tutup aurat agaknya?
negara islam moden maksud barat sama macam mereka, umat islam tak perlu teguh berpegang kepada agama, yahudi dan nasrani akan seret umat islam hingga jadi macam mereka juga
mana ada islam moden atau islam othordok, islam yang dibawa nabi muhamammad tetap betul dan benar hingga akhirat, ialam moden hanyalah istilah yahudi dan kristian
barat memang iktiraf UMNO sebab pemikiran mereka sama saja
Begitulah serba sedikit kebijaksanaan Najib dengan melantik menteri yang dah luput tarikh menganggotai kabinet beliau. Beliau hanya layak digelar ikan emas kerana selalu dipelihara dan berada ditempat yang selamat dan diberi makanan yang secukupnya. Tetapi selepas PRU 13 nanti, layaknya beliau digelar sebagai "ikan masin", kerana selalunya ikan yang dah tak habis dijual atau dimakan (luput tarikh), akan diproses menjadi ikan masin.
Catat Ulasan