26 November 2010

Fitnah: Gamis desak Norhisyam mohon maaf

19 Zulhijjah 1431H

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) memberi kata dua kepada Norhisyam Mohamad dari Alor Star, Kedah sama ada mahu memohon maaf dan menarik balik cerita fitnah terhadap Gamis atau berdepan dengan tindakan perundangan ekoran kenyataannya semalam.

“Gamis menuntut Norhisyam menarik balik fitnah yang diciptanya itu dan memohon maaf dalam masa tiga hari,” kata Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sekiranya Norhisyam enggan menarik balik fitnah itu, Gamis akan mengarahkan semua organisasi negeri dan seluruh ahli untuk membuat laporan polis dan seterusnya akan mengemukakan saman.

Dalam kenyataan di ruangan Varsiti, akhbar Berita Harian bertarikh 25 November, Norhisyam menyatakan Gamis menggunakan ‘Islam’ untuk mempengaruhi dan memperbodohkan segolongan mahasiswa memperjudikan masa depan mahasiswa hanya untuk menjayakan agenda politik sesat PAS.

Mohd Yusof menambah kenyataan itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan Gamis kepada mahasiswa dan rakyat keseluruhannya.

Tambahnya, tuduhan bahawa Gamis ialah gerakan mahasiswa pendokong PAS nombor satu juga sengaja direka bagi menunjukan bahawa Gamis dipandang serong oleh beberapa pihak.

“Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik Gamis sebagai sebuah peneraju gerakan mahasiswa Islam. Norhisyam juga menyatakan PAS membawa politik sesat, mungkin PAS juga perlu menjawabnya,” ujarnya.

Harakahdaily/-

4 ulasan:

dlines berkata...

yang umnongok gunakan melayu untu memerintah tu boleh pulak.apa melayu dapat sekarang ada saham ..juta2 di baham oleh..melayu juga(UMNONGOK).

opisboi berkata...

umngok..umngok..umngok..umngok

Tanpa Nama berkata...

Hangpa nak tau, aku ni separuh umno separuh pas, separuh keadilan.Kalau ada parti zaid aku akan ambik separuh gak. aku ni tua dak ,muda pun dak dah.rambut putih, aku boh ubat bagi hitam (halal punya).Aku dah bersara tak ada pencen sebab kerja swasta, aku lulus u gak, masa dolo dolo, la ni kawan seangkatan aku ada datok ada Tan seri .aku datok gak...ada lima cucu.

Aku ni UMNO tak mau PAS pun tak mau, Keadilan pun takut kat aku,takut potong stim depa
.Ketiga tiga parti ni kat Koyan ni leader dia ada karat besi, ada karat paip, ada karat gunting!malah ada yg karat plastik!
Eih eh eh aku melalut lak..aku sebenarnya nak komen pasai hal parti naamanu tu!! Di DUN Titi Tak Pernah betui di Daerah Koyan darul Arowana bermula alkisah ada satu ...bahagian .parti naamanu ...Ahli jack kuasanya ada yg jaja ikan kat market,ada yg dapat gerai market,ada yg dapat kedai kat stesen bas,ada yg ada tender potong umput, ada yg dapat tender gerbang malam, lalu dialibab, ada bekas atandan spital,yg kekngkang dan dah kaya giler. ada tukang sembelih ayam..ada yg LCE pun tak pas..tapi depa kaya raya...ghumah batu 2 tingkat, dua buah PULA, berekmbar , pandu keta mechedis BARU mata belalang lak! MANA MARI ITU WANG A? A? Ana mau tanya hei ane!Wang rakyat/ peruntukan parlimen mana p, lu kona mana? Hoi olang melayu, olang Cina, olang kelin,ini taun apa mau pangkah, lu punya anak semua ada daftar mau undi ka? Ini kali, kalu mau undi, kasi itu BN ampui a!Itu BN mayak jahat, curi kita punya barang...ops...culi kita punya lui?wang.Depa makan duit(aiya buka makan duit la) makan rasuah, hai ya!tengok depa senang senang jadi kaya, talak meniaga , eleeek! tapi macam mana boleh kaya? Hancorkan UMNO, MIC,MCA/BN. Hantar itu abu mayat BN dalam Sg Koyan. Ok wah cow aaaa. kamsia lu, manikam, assala mualaikum TQ

Tanpa Nama berkata...

saman jgn tak saman, TAKBIR!!!