29 November 2010

Gua Musang Bakal Miliki Bandar Moden

22 Zulhijjah 1431H

GUA MUSANG: Pembinaan Bandar Utama Gua Musang (BUGM) yang bernilai RM100 juta dijangka akan menjadi mercu tanda baru kepada kawasan Gua Musang.

Pengarah Urusan Syarikat Bandar Utama Gua Musang, Ong Kin Wah berkata pembinaan BUGM akan menjadi pencetus kepada pembangunan ekonomi di Hulu Kelantan yang lebih rancak yang boleh turut dinikmati rakyat luar bandar.

Beliau berkata terdapat dua fasa bagi pembinaan BUGM seluas 300 hektar yang terletak dua kilometer dari bandar lama Gua Musang.

Tapak pembinaannya terletak di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

"Pembinaan membabitkan Syarikat Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) untuk memberi perseimbangan projek kemudahan antara bandar dan luar bandar bahgi rakyat di negeri ini.

"Fasa pertama bagi pembangunan bandar utama ini membabitkan keluasan 161 hektar akan dibinakan dengan 771 unit bangunan rumah kedai dan rumah kediaman," kata Ong kepada pemberita selepas majlis pecah tanah BUGM di sini oleh Menteri Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahad.

Beliau berkata fasa pertama melibatkan pembinaan kedai dan pejabat dua tingkat sebanyak 86 unit, rumah berkembar dua tingkat (6 unit), rumah berkembar satu tingkat (102 unit), rumah teres dua tingkat (22 unit), rumah teres satu tingkat (311 unit) dan rumah teres kos rendah (244 unit).

"Kita menjual semua rumah kedai dan rumah kediaman dari harga terendah RM45,000 hingga RM360,000 se unit," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan bagi semua projek fasa pertama dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua tahun sebelum dimulakan pula fasa kedua.

Beliau berkata syarikat berkenaan akan turut membina projek lain yang ada kaitan dengan kemajuan penduduk termasuk Kolej Tahfiz Sains di atas kawasan seluas empat hektar.

"Kita juga akan membina sebuah masjid, Sekolah Kebangsaan dan sebuah pasar raya. Ia bakal merupakan sebuah bandar tersusun dan mampu memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal sepenuh masa di situ dengan banyak lagi rumah mampu milik akan dibina dalam fasa kedua nanti," katanya.

Mstar/-

4 ulasan:

juragan berkata...

kalau projek ni berjaya..aku percaya para pemimpin umno ni berkata ini semua adalah usaha gigih umno selama ni..mereka juga akan berkata ini semua adalah kerja adun galas mereka yg menang tempohhari...

Tanpa Nama berkata...

Semoga projek ini b jln dgn jayanya dan m beri manfaat kepada semua.

Tanpa Nama berkata...

ummo

Tanpa Nama berkata...

haha