20 Zulhijjah 1431H.
Hafizi Pauzi
PARIT BUNTAR, 27 November :- Dengan semangat gotong royong dan pemaufakatan dari warga penduduk sekitar Kampung Kedah maka berhasilah terbinanya sebatang jalan konkrit simen lebar 10 kaki dan panjangnya 700 kaki disini.
Hadir sama dalam Progren Gotong Royong Perdana Anjuran PAS kawasan parit Buntar ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahaid Yusof dan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim. Selain itu hadir sama sekitar 80 orang dari kalangan AJK PAS Kawasan dan penduduk setempat.
ADUN Titi Serong semasa ditemui mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang wang dan tenaga untuk menghasilkan satu lagi kemudahan awam yang menyambungkan Taman Kerian Premai, Taman Seri Tenggara, Taman Semarak dan Taman Wawasan ke Jalan Kg Kedah.
"Mudah-mudahan jalan ini bermanfaat untuk kegunaan pelajar sekolah dan para ibu bapa yang menghantar anaknya. Tidak terkecuali saya rasakan jalan ini bemanfaat untuk kegunaan awam apabila pembinaan yang agak kukuh dan baik itu menyebabkan ianya sesuai dilalui oleh semua kenderaan ringan." Katanya.
Selain itu Drs. Khalil melahirkan rasa kesal dengan penafian yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan tidak menyokong dan menghalang permohonan asal agar jalan itu dibangunkan oleh pihak berkuasa tempatan. namun atas usaha gigih jemaah surau Al Mujahidin yang diketuai oleh sdr. Fakrurasi serta sokongan yang kuat dari PAS Kawasan Parit Buntar dan Pejabat Ahli Parlimen Serta pejabat ADUN Titi Serong maka berhasillah projek yang dijalankan itu.
" Saya mendapat maklumat pihak berkuasa tempatan pada asalnya meluluskan pembinaan jalan tersebut namun adapa beberapa pihak yang tidak bertanggung jawab menghalangnya" Jelas Drs. Khalil dengan nada kesal.
Gotong royong bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 Petang. Bagi kaum muslimat pula mereka sekitar 20 orang betungkus lumus untuk menyediakan makanan pagi dan makan tengahhari. Mereka juga mendapat kunjungan dari Isteri Ahli Parlimen Parit Buntar, Ustazah Zuraidah dan Isteri ADUN Titi Serong, Ustazah Nor Ainah.

2 ulasan:
Lagi zalim BN lakukan penindasan terhadap penyokong PAS Kg kedah maka bertambah benci lagilah mereka kpd UMNO ,parti yg kononnya menjaga kepentingan Melayu!
Ingatkah kita lagi tentang kezliman UMNO dulu kini dan selamanya?Di Terengganu pernah pada satu ketika dulu Institut barakah di ranapkan dgn treller oleh UMNO.Di seluruh negara sekolah agama rakyat ditarik segala bantuan hingga banyak yang merana.Aktivis PAS di tahan ISA, Memali diserang sebegitu rupa dan banyak lagi.
Entah kemana perginya rasa hati mereka yg zalim ini.Malang sekali kerana ada manusia yg sudah tiada rasa kemanusiaan.
Kepada penduduk Kg Kedah khasnya dari PAS, dan para penyumbang wang dan tenaga dari lain lain tempat ,saya ucapkan tahniah dan syabas.Semoga usaha murni dan sedekah jariah anda semua menyempurnakan jalan ini UNTUK SEMUA RAKYAT diterima Allah .PAS FOR ALL
PAS akan terus berjuang dengan keringat dan air mata, dengan iman dan takwa melawan golongan yg mengaku Islam tetapi melakukan fitnah dan menganiaya bangsa sendiri.
Sumbangan wang dari pelbagai pihak bagi menyiapkan jalan ini adalah bukti rasa meluat dgn perilaku UMNO bahagian P Buntar. Jalan ini sangat strategik, lokasinya di tengah tengah kampong dan menjadi laluan yg menghubungkan kampong tradisional dgn Pekan P Buntar.Ia adalah laluan pilihan utama anak anak sekolah tak kira ibu bapanya parti apa.Ia juga laluan pilihan terbaik kereta motor sebagai jalan pintas malah kereta ambulan hospital pun pernah memilih guna jalan ini.
Malang sekali pengkhianat pengkhianat dari Umno sering sabotaj usaha usaha murni pihak pengurusan MDK yg menunjukan perihatin untuk membantu sama ada bantu memasang lampu jalan atau jalan tar.
Saya menyeru kpd pemimpin pemimpin UMNO, jadilah bangsa yang bertamadun!Tak pernahkah ibu bapa kita mengajar agar kita jangan melakukan fitnah, tipu daya, khianat dan zalim kepada sesama manusia.Pernah dalam sejarah Islam, anjing yg dahaga pun ditolong!Inikan pula sesama manusia dan islam! Kepada pemimpin UMNO bahagian kalau tak pernah bersekolah, p lah sekolah balik, gunalah otak, bukan guna kepala lutut untuk berfikir!
Semua penduduk Kg Kedah membayar cukai pintu kpd MDK, jadi kenapa sanggup menganiaya mereka? Tak malu ka jadi manusia tak bertamadun?
kalau israel bunuh palestin tapi umno mcm biasa bro musnahkan bangsa sendiri
Catat Ulasan