27 November 2010

PKR: Ketuanan Melayu wajib ditinggalkan

20 Zulhijjah 1431H.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdayakan bangsa itu sendiri.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi ini.

Menurutnya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sendiri sebagai “tuan”.

"Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi 'tuan' dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain.

"Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikannya kepada insan lain)," katanya.

"Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu, andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu."

Tegasnya dalam tradisi orang Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain.

Menyentuh soal "survival Melayu dan agama Islam", Dr Wan Azizah berkata isu itu tidakakan dapat diselesaikan selagi melihat isu itu "melalui teropong Umno dan para kuncunya".

"Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.

Dalam ucapannya, Dr Wan Azizah juga dilihat memujuk anggota PKR mengenai isu pemilihan parti yang dikritik pelbagai pihak" dengan menyalurkan sebarang ketidakpuasan mengikut saluran parti.

"Selesaikanlah masalah kita bagaikan menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak".

"Usah serahkan tengkok kita kepada pihak media musuh dengan mendedahkan kelemahan kita.

"Biar membara di hati, tetapi tetap dingin di kepala," katanya memetik kata-kata tokoh Indonesia Muhammad Natsir.

Malaysiakini/-

5 ulasan:

Neutronboy berkata...

Salam,

Maaf bagi saya ketuanan Melayu itu mesti dipertahankan atas beberapa faktor.

1) Selama-mana institusi sultan kekal dan KDYMM YDA menjadi ketua negara

2) Menyedari BANGSA mana yang telah memelihara TANAH ini sejak SEZAMAN MESIR PURBA lagi iaitu Melayu

3) Selagi mana Kontak Sosial dan Perlembagaan 153 itu masih tercatat untuk tuan punya tanah, tuan yang buka tanah.

Jadi kalau sesiapa yang x tahu sejarah, balajar balik sejarah SEBENAR.

Kalau sesiapa tak dapat terima, pergi semula ke tanah bangsa bahasa ibunda sendiri.

Tanpa Nama berkata...

ketuanan melayu bermaksud pemimpin UMNO menjadi tuan dan orang melayu adalah hamba kepada UMNO

Tanpa Nama berkata...

bila ketuanan melayu, UMNOlah tuannya bertakhta dan menindas orang melayu

Tanpa Nama berkata...

kalau UMNO tak berkuasa bermakna melayu tidak berkuasa, macam hanya UMNO yang tahu memerintah

Tanpa Nama berkata...

Hoi Melayunaamanu , sejak hang jadi Melayu, apa hang dapat.Umok hang beghapa?Ada dapat pink form?dapat balak berapa pokok?Ada dapat tanah beratus ekar macam wakil rakyat Melayu hang?Masa masuk U ada pinjam PTPTN?atau ada bangunan bangunan pencakar langit hang punya kerana dah lama jaga ketuanan melayu atau hang tak pas sekolah?
Dulu naik bas p sekolah sapa bayak,semua semua tu dan duit kantin UMNO bagi ka?Saya dulu mengaji pandai lalu dapat biasiswa,layaklah aku sokong UMNo (duluuuuu) la ni sorry laaaa dan aku tak jadi melayu pun tak pa,buang la nama melayu kat IC aku asal aku hidup dan mati kekal Islam!

UMNo baru la tarak jaga melayu macam aku atau hang, depa jaga UMNO elit!Bukan jaga melayu sengkek macam hang!

La ni UMNO jaga Cina, jaga iban, jaga siam, bukan jaga melayu yg sengkek minda!Saham ASB hang penuh ka? Hang tau tak saham saham Amanah saham wawasan, buka tak sampai sejam, terus ditutup sebab full langganan. Hang tau sapa langgan, bukan bangsa hang, bukan hang!Hang hanya bangga jadi melayu tapi melayu berdagang di bumi sendiri.

Yg kaya raya melayu yg jadi ketua UMNO bahagian,AJK bahagian , tim menteri, menteri! Hang? takat pacak tiang bendera, pasang bendera kat motor ! Chuih! tu pun hang bangga jadi Melayu. Hang p tengok rumah Ketua bahagian Umno, rumah S /U bahagian UMNO .Hang patut malu tu lah yg jaga ketuanan melayu, depa tak jaga melayu macam hang

aku tak kenai hang, kalu kenai aku nak tau hang pakai Mercedes ka, rumah banglo ada berapa?

Hang mau ka anak anak hang nanti kerja lah seumok hidup bayak hutang ptptn, bayar cukai pendapatan, bayar saman ekor!Hang bangga jadi melayu?Kalau hang belajak sampai U pun hutang hang seumuk hidup dgn PTPTN/ chettiar baru!

Kerajaan indonesia tu Melayu lah tapi depa pun malu nak sebut nama Melayu!Sebab yg kuasai ekonomi depa ialah bukan Melayu!So hang soranglah perasan jadi melayu!Setakat Melayu jual ayak tebu tepi jalan, jual kuih dan jual ganja!


Bagi 10 perkara yg hang dapat "direct"kerana hangjadi melayu.

Oghang putih mai jajah Malaya,bawa masuk segala bangsa, lalu bagi merdeka dalam dulang emas kpd UMNO!maka puak yg dapat dulang emas tu lah kaya raya.Depalah yg cium keris, akan berputih tulang dari berputih mata,akan rampas kuasa macam di perak kerana dah mabuk kuasa dan takut hilang harta yg tak habis makan tujuh keturunan!Depalah yg serengeeng nak pertahan ketuanan Melayu! HANG DAPAT APA?DAPAT MAKAN MEE SEMANGKOK MASA DIANJURKAN MESYUARAT UMNO?DAPAT SALAM DGN WAKIL RAKYAT UMNO SAMPAI HANG TAK CUCI TANGAN?sAMPAI BAWA MIMPI?KOT KOT DAPAT KAYA KERANA JADI MELAYU ATAS NAMA KETUANAN MELAYU. HOI, HOI ...mimpi ka

Dlm Malaysia ni, yg melayu miskin berlambak, tidok dengan taik kucin pun ada,tidok bawah jambatan pun ada,tidok atas lantai kat bandaraya pun ramai .Duit zakat Melayu juga yg ambil komiseyen hang tau ka? depa faraid buat pesta makan, buat beli hadiah untuk MELAYU ATASAN, hang tau ka?

Jagalah diri anda, keluarga agar tak jadi merempat macam cerita di atas. HANG ADA PENGLIHATAN YG TERANG?atau rabun , atau terperasan kerana namamu Melayu?Ahhhh hang tau dak berapa banyak pemimpin pemimpin malaysia yg mengaku melayu walhal mamak masalodey, ada yg sdra kpd kamal Atatturk(yg menjhanamkan Islam di Turki),ada yg sdra kpd kpd jawa , ada yg sdera kpd siam! hang sorang ja Melayuuuu, Melayu yg suka melutut, melayu yang senang dicucuk hidong! Kah ka kah, hoi Mimpi aaaa?atau mudah lupa kerana dibuai RTM dan TV UMNO kah kah kah...Sorry nu...aku pun melayu tapi ada camporan kopi gak tq jgn mare.