KUALA LUMPUR, 5 Dis — Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebulat suara mahu perbuatan orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran secara sewenang-wenangnya dihentikan bagi mengelak timbul keresahan dan perpecahan dalam masyarakat.
Majlis itu yang mengadakan mesyuarat khas di Sepang malam kelmarin memberikan nasihat dan teguran kepada seluruh masyarakat termasuk bukan Islam bahawa teks suci al-Quran tidak boleh digunakan untuk kepentingan tertentu termasuk bagi tujuan peribadi dan politik.
Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, meskipun ulama tidak melarang orang bukan Islam membaca al-Quran, namun situasi semasa membabitkan tindakan beberapa pemimpin bukan Islam parti pembangkang menghuraikan teks kitab suci itu telah menimbulkan kekeliruan dan merenggangkan hubungan di kalangan umat Islam sendiri.
“Semua mufti melahirkan rasa tidak setuju dengan situasi yang berlaku sekarang dan perkara yang berlaku sejak 2009 termasuk isu orang bukan Islam memasuki rumah ibadat orang Islam dan terbaru tindakan Ahli Dewan Negeri Hutan Melintang, S. Kesavan membaca terjemahan petikan ayat al-Quran secara salah,” kata beliau.
Oleh kata beliau, pihkanya mahu mengambil langkah menggunakan kaedah sad zaraik iaitu mencegah atau mengelakkan keraguan.
“Maka kita rasa elok elakkan menggunakan teks al-Quran di atas pentas politik dengan kepentingan tertentu apatah lagi membaca maksud al-Quran secara tidak tepat.
“Mentafsirkan al-Quran tidak boleh dibuat secara sambil lewa atau spontan di atas pentas ceramah tetapi perlu ada kaedah tertentu yang mesti difahami daripada awal,” kata beliau dipetik Mingguan Malaysia hari ini.
Sebanyak 10 ahli panel muzakarah tersebut hadir termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.
Laporan itu menyebut muzakarah khas yang berlangsung selama empat jam itu juga meneliti semua rakaman siri ucapan pemimpin bukan Islam yang membaca dan menghuraikan terjemahan teks al- Quran selain reaksi daripada umat Islam tentang perkara itu.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang juga setiausaha jawatankuasa itu kelmarin memberitahu hasil pertemuan akan diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Pertemuan itu diadakan ekoran perkembangan pada Kongres Nasional PKR di mana Kesavan, perwakilan dari Perak dan Adun Hutan Melintang, yang memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul Ahad lalu.
Tindakan Kesavan yang membacakan terjemahan yang salah daripada Ayat 190 dan 191 Surah Ali-Imran mendapat kecaman daripada beberapa pemimpin kerajaan termasuk Jamil Khir, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Jamil Khir berkata, penafsiran ayat al-Quran yang tidak betul di depan khalayak ramai boleh menjadi satu penghinaan yang serius terhadap Islam dan tidak boleh dibiarkan.
Justeru tegasnya, para ilmuwan agama wajib menegur dan tidak boleh sekadar menutup mata supaya setiap kesilapan dapat dibetulkan sekali gus memastikan pihak yang melakukan kesalahan tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa depan.
Bagaimanapun Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat al-Quran untuk merujuk sesuatu perkara sebagaimana disaksikan di Kongres Nasional PKR.
Tambah Nik Aziz, berdasarkan pengalaman berceramah dengan pemimpin DAP, selalunya mereka terlebih dahulu merujuk kepadanya sebelum berucap.
http://www.themalaysianinsider.com

6 ulasan:
sepatutnya jgn halang..... tapi betulkan jika salah.... nampaknya ahli agama sendiri yang menyekat perkembangan islam.... kalau terus begini bila islam nak difahami oleh org bukan islam.... ish2.....
Saya sudah menjalankan dakwah kepada orang-orang bukan Islam yang terdiri daripada berbagai ragam manusia. Biasanya yang berpelajaran menyoal tentang apa mereka BACA dan KAJI terjemahanan al-Qur'an. Kadang-kadang ada yang kurang faham atau silap faham.
Jika ada yang cuba memutar belit sekalipun , secara tidak langsung orang Islam dan bukan Islam sama-sama mengambil perhatian....dan adalah peranan kita memperbetulkan silap faham mereka ...bukannya mencaci mereka.
Sekiranya ada orang Melayu minum arak dan adakah menjadi satu kesalahan jika kawannya seorang Cina bukan Islam membuat teguran ...."Bukankah minum arak itu haram bagi orang Islam ? " Adakah patut si Melayu itu memaki si Cina membuat teguran yang dirasanya sebagai membangkit perkara "sensitif" ?
SOALAN :
Ada seorang bukan Islam pernah bertanya saya tentang kenapa dalam al-Qur'an terdapat huruf-huruf potong (muqatta'ah) seperti alif , lam , mim [al-Baqarah 2:1] yang tidak boleh difahami maknanya ? Jika al-Qur'an datang daripada Tuhan , kenapakah Tuhan memberi huruf-huruf yang membinggungkan otak manusia ?
Orang yang bertanya itu adalah seorang intelektual dan dia mahu jawapan yang munasabah , ilmiah dan berdasarkan kepada pemikiran logik ..bukan tekaan semata-mata.
Bagaimanakah hendak dijawab ?
kena tang pembangkang semua hangpa kata x betui,buat muzakarah itu dan ini...tu yg togei dlm umno x bertudung tu hangpa senyap ja...premis arak n maksiat bertaburan di bumi Allah malaysia ni,hangpa senyap ja..buang bayi,dadah,gejala sosial anak2 remaja islam hangpa bersungguh2 ka nak perbetui???bersungguh ka??bersungguh ka??? tuih...pirahhhhhh!
kalau orang bkn islam gunakan ayat Quran dikatakan menghina. apakah orang islam yang tidak mengamalkan islan tidak dikatakan menghina. apa punya pendapat menteri jamil khir ni. majlis fatwa hanya beri pandangan bukan mengeluarkan FATWA. mereka pun takut nak keluarkan FATWA. rasanya kalau pendapat tu faham-faham jelah. nampak mcm politik pulak masjis fatwa ni. apakah sambutan Maal Hijrah ni membawa kita ke arah hijrah yang lagi menyesatkan . FIKIRKANLAH!!!
Bila ahli agama dah jadi pengampu pada kerajaan yang bertunjangkan dunia...inilah jadinya.
Patut Islam dikembangkan..bukan disekat.
Kalau salah..betulkan.
Catat Ulasan