23 Safar 1432H.
Oleh : Jimadie Shah Othman.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan perjumpaan dengan Datuk Mohd Khusrin Munawi pada 7 Februari ini bagi membincangkan sekitar isu berkaitan perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor itu.
Khalid bagaimanapun enggan menjelaskan butiran perjumpaan itu termasuk sama ada ia turut membincangkan upacara mengangkat sumpah rahsia yang perlu dijalankan Khusrin sebelum boleh memulakan tugas rasminya.
"Ada bincang (soal Khusrin). Saya akan jumpa beliau selepas Tahun Baru Cina, pada 7 Februari depan," katanya yang enggan mendedahkan maklumat lain berhubung pertemuan itu.
Didesak beberapa kali oleh pemberita, Khalid tetap enggan mengesahkan sama ada pertemuan itu akan membincangkan soal angkat sumpah Khusrin sebagai SUK.
Sambil ketawa, Khalid berkata: "Tak nak jawab."
Diminta mengulas laporan sebuah harian berbahasa Cina semalam yang mendakwa bahawa Khusrin akan diberikan enam bulan tempoh 'percubaan' terlebih dahulu, Khalid tetap enggan mengulasnya.
Bukan isu besar
"Tak payahlah kita cerita, itu bukan isu besar," katanya yang memakai batik merah dalam sidang media 'bertemakan' Tahun Baru Cina itu.
Namun katanya, apapun tindakan, kerajaan Selangor akan tetap berusaha meminda undang-undang tubuh negeri bagi memberi kuasa kepada sultan dan menteri besar melantik tiga pegawai tingginya.
Sehubungan itu, Khalid berkata, bermula pada jamuan Tahun Baru Cina negeri pada 12 Februari ini, pihaknya akan memulakan usaha itu.
"Kita akan kempen untuk dapatkan majoriti dua pertiga (dalam DUN). Kita akan kempen supaya kuasa federalisme memberi keadilan di negeri-negeri," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam petang ini, Khalid berkata langkah itu adalah reformasi yang cuba dibawa bagi "mengembalikan kuasa kepada rakyat".
Beliau juga yakin usaha itu akan mendapat sokongan rakyat, terutamanya golongan berpendidikan dan generasi muda.
"Saya rasa, ya (membantu). Sebelum ini sering ada hujah bahawa Umno menjuarai isu Melayu dan sultan, tetapi yang sebenarnya tidak begitu," katanya ketika ditanya sama ada usaha itu akan membantu Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di negeri itu.
Khalid berkata, beliau yakin dalam pilihan raya umum akan datang, Pakatan akan menguasai majoriti dua pertiga di DUN memandang kini mereka sudah mempunyai 35 kerusi.
Lima kerusi lagi
"Kita hanya perlu lima kerusi sahaja lagi," Kata Khalid yang juga ADUN Ijok.
Ditanya tentang pendapat peguam terkenal Datuk Salehuddin Saidin yang berpendapat undang-undang membenarkan Khusrin 'meminta' menteri besar menjalan angkat sumpahnya, Khalid terus bersikap sinis.
"Kita dah cuba macam-macam (dalam isu ini), termasuk adakan sidang dewan. Saya rasa Umno juga patut cuba sesuatu (berdasarkan pandangan Salehuddin)," katanya.
Sementara itu, mengulas penubuhan suruhanjaya diraja untuk kes Teoh Beng Hock, Khalid berharap ia dapat menghasilkan keputusan yang dihormati.
"Harap tidak jadi macam kes 'correct, correct, corect'...," katanya.
Malaysiakini/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan