Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang Melayu juga mesti menutup aurat di dalam kawasan surau atau masjid.
Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan.
“Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa, termasuklah juga pembelajaran dan persoalan perlantikan ketua negara dan ketua perang serta urusan sakit demam. Semuanya dilaksanakan dalam masjid seperti yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
“Namun dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di sini, hari ini.
Mengulas komitmen sesetengah masyarakat Cina terhadap rumah ibadah, beliau berkata walau pun kaum Cina, Orang Asli atau warga Afrika yang hitam, namun apabila mereka itu muslim dan muttaqin, maka adalah layak dilantik menjadi imam sembahyang.
“Ini kerana hina atau tidaknya manusia itu bukan terletak kepada tubuhnya tetapi adalah terletak kepada taqwanya.
“Walau pun dia hamba, tetapi apabila dia diangkat menjadi ketua (termasuk imam sembahyang) maka mesti diikuti.
“Oleh demikian, di Kelantan sendiri, saya sudah membina masjid di Rantau Panjang. Saya meminta orang Cina menjadi imam sembahyang dan saya menjadi makmum pada bulan Ramadhan yang lalu,” katanya.(sumber PAS Perak)
4 ulasan:
Hukum menutup aurat hanya untuk orang Islam. Orang bukan Islam tidak ditaklifkan dengan hukum menutup aurat. Begitu juga kalau mereka masuk ke dalam masjid. Bolehlah kita galakkan mereka pakai pakaian yang disediakan tetapi itu bukanlah seperti yang diajar oleh Islam.
dia belum Islam lagi .. ni yang dapat Islam pusaka dari mak ayah pun tak tutup aurat.. siap keluar masuk masjid puluh2 lagii
Assalamualaikum pembaca yang budiman,
“Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa ......."
Mengapalah bercakap berbelit-belit. Inikah dia politik ?. Bukankah anutan kita ini juga disaluti budaya bangsa ?. Hindu dengan Indianya, Budda dengan Chinanya dan Islam di Malaysia dengan Melayunya. Yang tersilap perlu diperbetulkan. Sedangkah anak kecil berlari-lari dalam masjid pun hendak kita larang dengan tujuan mendidik, inikan pulak bersenamrobik, dalam masjid ?. Di mana kewarasan kita berfikir dan berhujah. Menyembah berhala itu berdosa sedangkan menyembah manusia tidak mengapa. Menutup aurat itu wajib, tapi kalau ketat sampai ternampak bukit dan alornya bagaimana ?.
Mengapa tidak tumpukan masa dengan kerja. Banyak masa YB terbuang menuduh dan mempertahankan diri di mahkamah dan di perjalanan. Jengoklah rakyat dan lihatlah tahap kehidupan mereka. Siapa sahaja yang memerintah itulah juga taraf kehidupan dengan bebanan cukai. Janganlah sekadar nak tunjuk muka memberi beras sekampit, baju sekolah sepasang. Nak tahu sekarang ni petani kampung nak jual hasil tani pun kena ada lesen, pun bukan senang nak dapat.
Kalau kata-kata itu sebenarnya yang diperkatakan TGNA, tak tahulah saya ... siapalah kita orang biasa untuk menyanggahnya. Sejak beberapa tahun ini orang politik hanya sebok bercakaran merebut pangkat, kekayaan dan kuasa dengan mengumpat dan memfitnah. Kata masing-masing ada kelulusan (sekular dan agama) yang tinggi melangit. Dihebah juga setiap YB ada KPInya? Mana dia ?. Saya tetap ke peti undi. Dan bukan undi POS, Wassalam.
Org melayu islam yang bersepah tak tutup aurat awat tak heboh...tgk bini PM 1 Malaysia dah la....sapa berani teguk...masukkan dalam surat khabar muka depan siap hahaha...baru betui...ada berani?
Catat Ulasan