24 Januari 2011

Rosmah terus ganggu pentadbiran negara.

19 Safar 1432H.
Oleh : Hafizi Pauzi.

PARIT BUNTAR, 24 Jan :
Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya adalah satu pembaharuan yang julungkali ada dalam sejarah pentadbiran Negara dan perkara ini boleh disifatkan sebagai tindakan tiada adab dan biadab dalam isu pentadbiran negara,” kata Ketua Penerangan PAS Perak ,Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Dalam sesi temuramah itu, YB Khalil memberi respon dengan menjelaskan bahawa pejabat rasmi Rosmah yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen.

Tambahnya, bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

“Dia isteri PM, jadi dia tidak perlu bekerja untuk sara keluarga, malah PM sudah ada menterinya yang lengkap dengan jabatan bagi mengurus tadbir kerajaan, rosmah tidak diperlukan, dia tidak lebih dari mendampingi PM dalam majlis rasmi seperti amalan isteri PM sebelum ini . Dan jangan gila nak jadi menteri dan lakukan sesuatu yang tidak masuk akal,” kata YB Khalil Idham Lim.

Dalam pada itu, YB Khalil mempersoalkan tindakan Rosmah menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang' pada Persidangan Antarabangsa Pertama anjuran Kementerian Pendidikan Arab Saudi minggu lepas.

“Menteri-menteri yang dilantik dalam kabinet Najib seolah-olah sudah hilang peranan, siapakah Menteri Pelajaran ? Mengapakah semudah itu dan tanpa ada rasa bersalah dia melakukan kerja-kerja menteri berulang kali? Soal beliau.

Beliau juga menyifatkan, Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang layak diberi jolokan sebagai kerajaan suami isteri,

“suatu yang amat memalukan jika perkara ini sampai ke pengetahuan rakan-rakan dari negara luar, Malaysia dilihat bercelaru apabila isteri PM melakukan kerja-kerja menteri kabinet." ujarnya.

Ahli umno khususnya, wajar berfikir kembali mengenai taat setia mereka terhadap BN, sanggupkah anda melihat negara luar terus mentertawakan Malaysia tercinta disebabkan pemimpin BN berkelakuan pelik dan aneh" soalnya.

'Kerana itu beliau berpandangan bahawa kerja Rosmah hanya boleh dihentikan dengan mengalahkan BN dengan memberilah peluang kepada PR memulihkan imej Negara pada PRU13 nanti,” ujarnya.

Katanya lagi bila Najib terus berkuasa selagi itu Rosmah akan menganggu pentadbiran negara.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sangat setuju dengan apa yang penulis perkatakan. Menteri2 yang ada seharusnya menjalankan tugas2 yang telah diamanahkan kepada mereka. Begitu juga dengan rosmah. mungkin pada pilihan raya umum akan datang, rosmah akan meminta suaminya, encik najib supaya dia dibenarkan bertanding.. adeh...........

shah, JB

Tanpa Nama berkata...

lagi bagus rosmah berbuat begitu.......malaysia boleh jadi macam tunisia ......macam bin ben ali hahhaha

Tanpa Nama berkata...

NAK BUAT MACAM MANA ..MENTERI LAIN TAK RETI NAK BUAT KERJA..ROSMAH YG PANDAI..MENYAMPAH AKU NAK TENGOK BERITA..SETIAP HARI MESTI ADA SATU SLOT UTK ROSMAH KONTOT TU..

M@M@ Me@ berkata...

agaknya gila kuasa kot..bagi la peluang kat menteri2 yang dilantik untuk menjalankan tanggungjawab masing2. xsalah kalau teringin nak ceburkan diri dalam politik,tapi berpada-pada la.jangan sampai rakyat da meluat tengok muka setiap kali terpampang dlm paper atau tv.

Tanpa Nama berkata...

sedih melihat kedayusan najib...bertaubat lah najib!!

M@M@ Me@ berkata...

kalau la dibiarkan berterusan,akan hancur la malaysia seperti negara jiran kita

Tanpa Nama berkata...

giler kuase punyer pompuan.....rasenye najib akan jatuh 1 hari nanti disebab kelakuan aneh die nie