28 Februari 2011

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya

mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena..

Oleh : PieLan

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mohon copy tuan

Tanpa Nama berkata...

Minta share ye..... boleh tolong semak air minuman C2 yang di jual dengan berleluasa di sekolah..... buatannya di Veitnam, dan di iktiraf halal Veitnam....tapi disahkan diterima halalnya oleh Jakim. Saya harap ianya halal.... tapi kalau dapat minta dipastikan. Terima kasih.

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ berkata...

sy copy ye

Zaza berkata...

maknanya ribena kat Malaysia ni haram ke?

Tanpa Nama berkata...

dh tu knp bg cop halal? tanggung laaaaa

Tanpa Nama berkata...

dah tu knp bg logo halal? anak dok telan, sapa nk tanggung????

Tanpa Nama berkata...

http://syapik.blogspot.com/2011/05/halal-haram-status-minuman-ribena.html baca ni plz

amNie amNieyh berkata...

xpatut2

Tanpa Nama berkata...

kalau kurang dari 1% tu biasanya alkohol tu terjadi dengan sendiri akubat proses penapaian....

Encik LaLa berkata...

ADUAN HALAL ON-LINE
Aduan : Assalamualaikum Tuan,

Saya adalah penggemar dan sejak dahulu lagi sehingga sekarang saya minum minuman ringan jenama Ribena. sebelum ini saya telah diberitahu rakan bahawa ia mengandungi sedikit arak, tapi saya tidak endahkan kerana tiada bukti kukuh. dan baru-baru ini saya telah menerima emel dari rakan lain yg mengatakan Ribena mengandugi arak (saya tidak pasti samaada arak atau alkohol).

Jadi persoalannya, adakah jenama minuman itu selamat diminum oleh pengguna Islam terutamanya kerana ramai diluar sana keliru tentang anggur dan arak dalam minuman tersebut.

Sekian terima kasih.

Wassalam.
Tarikh Aduan : 18/03/2009 - 04:23:01
Jawapan : Waalikumsalam. .wbkt terima kasih kerana bertanya. Untuk makluman tuan, minuman jenama ribena keluaran syarikat GLAXOSMITHKLINE CONSUMER HEALTHCARE SDN BHD telah pun mendapat pengiktirafan halal sejak daripada JAKIM lagi.Sumber yang terkandung di dalam minuman tersebut bebas dari unsur alkohol dn selamat diminum oleh pengguna islam.Untuk maklumat lebih lanjut sila layari direktori e-halal.hdcglobal. com. Sekian Terima Kasih.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11520.0
atau
http://kamar-tinie.blogspot.com/2011/04/ribena-halal-atau-haram.html

Tanpa Nama berkata...

36. GLAXOSMITHKLINE CONSUMER HEALTHCARE SDN BHD

halal oleh Jakim...kalao xhalal buat pe nk halalkn...tahpape..

jjack berkata...

Mcm mNa lah 2? ?

Tanpa Nama berkata...

saya memang tak suka air raibena nie ;)

Tanpa Nama berkata...

kalau pun ada kandungan arak,kenapa saya tak pun rasa mabuk selepas meminumnya?

Tanpa Nama berkata...

QaQa cuba try satu sudu heineken tgk mabuk ke x?

Tanpa Nama berkata...

Kpda pihak jakim, klau sesuatu mkanan tdk halal janganlah memberi kelulusan utk menggunakan logo halal kerana ianya boleh memudaratkan amal ibadat seseorang kpda Allah.. Mohon kerjasama pihak jakim utk memberi mklumat kepada pengguna tentang makanan atau mnuman yang tdk halal..