13 Februari 2011

BN mirip Rejim Hosni, Ada potensi digulingkan ?

10 Rabiul Awal 1432H.
Hafizi Pauzi.

PARIT BUNTAR, 13 Feb : Suara rakyat Mesir akhirnya telah berhasil menggulingkan sebuah rejim setelah 18 hari berdemonstrasi di jalan raya dengan kehilangan ratusan nyawa warga marhein disebabkan keangkuhan seorang diktator menggunakan polis sebagai perisai.

Di Malaysia khususnya, terdapat satu parti yang mirip rejim Hosni, mereka sedang memerintah, serta sedang membelakangi suara rakyat, mereka ialah BN,” kata ADUN Titi serong, YB Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Menurutnya, semasa rejim itu berkuasa, Hosni telah menolak penggunaan dakwat dalam PRU, dalam masa sama menggunakan undi pos dan hanya NDP boleh ada laporan media selain hanya NDP sahaja yang boleh membuat iklan di media.

Selain itu, Hosni juga memperalatkan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, SB dan juga tentera untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih NDP dalam setiap kali pilihanraya di Mesir.

Selain itu beliu juga berpandangan bahawa beberapa ulasan dari pimpinan BN bahawa Malaysia tidak sama dengan Mesir merupakan bukti bahawa pemimpin BN bimbang mereka akan digulingkan oleh rakyat.

“Di Malaysia BN juga sedang melakukan perkara yang sama seperti Hosni Mubarak, rakyat Malaysia khususnya digesa menilai perbuatan jahat BN di Negara ini” jelasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak mengulas revolusi yang telah berlaku di Mesir tidak mengambil masa yang lama seperti kerana kepesatan teknologi maklumat dalam era ICT.

“BN dinasihati jangan bertingkahlaku seperti Hosni dalam hal memerintah, rakyat tidak boleh ditipu, maklumat terkini negara mudah dicapai dengan kemudahan internet.” Ujarnya.

Dalam pada itu Khalil menyatakan, Berdasarkan rekod BN tidak pernah adil kepada rakyat dalam banyak hal serta isu, Khalil mengingatkan bahawa PRK di Merlimau dan yang terbaru akan berlaku di Kerdau merupakan suara rakyat yang wajib didengari oleh kerajaan.

Beliau menggesa rakyat perlu menyatakan suara protes terhadap BN dengan mengundi Pakatan Rakyat bagi memastikan gelombang Malaysia baru yang lebih selamat dapat diteruskan hingga menjelang PRU 13.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malaysia tidak sama dengan Mesir dari segi kadar pengangguran. Demonstrasi besar-besaran tidak mungkin berlaku di Malaysia di atas faktor

1. Kadar pengangguran rendah
2. Bonus kakitangan kerajaan dan peneroka FELDA tahun 2011 mungkin dinaikkan
3. COLA mungkin dinaikkan untuk kakitangan kerajaan
4. Skim subsidi diperbaiki
5. Lebih banyak peluang pekerjaan dibuka bermula tahun 2011
6. Kontraktor dijaga dengan baik dan lebih banyak projek dianugerahkan(melanggar undang-undang pun tidak mengapa)

Abu Hasan Chan berkata...

Bagi saya , tidak perlu rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi secara besar-besaran cara rakyat Mesir. Keadaan berlainan di Malaysia , 60% ummat Islam dan 40% bukan Islam. Dalam pilihanraya umum akan datang, kemungkinan BN akan tumbang. Jika peratusan undi Melayu ialah separuh menyokong pembangkang dan banyak peratus undi bukan Melayu memihak kepada PKR , kita boleh bayangkan BN akan kalah tipis ataupun kalah teruk.

Kemungkinan faktor-faktor yang disebut 1-6 itu tidak memberi kesan yang besar kepada pengundi. Kali itu tahap pemikiran pengundi adalah berlainan. Bolehjadi revolusi di Mesir memberi kesan kepada ummat Islam di Malaysia. Pihak pembangkang ada banyak isu-isu yang boleh mempengaruhi pengundi Melayu. Bukan Melayu pula sudah lama menunggu peluang unutk menjatuhkan kuasa politik UMNO. Hasil seluruhannya , rakyat Malaysia MAHU melihat perubahan baru ...umpama satu bentuk revolusi mental yang boleh matikan BN ..dan isu-isu yang dibawa oleh BN adalah sudah lapuk.

TAPI ...ini soal demokrasi ..apabila orang memuja demokrasi ...orang bukan Melayu akan kata ..."UMNO has to go , BN has been ruling for too long..its time to make a change" ...maka tamatlah riwayat UMNO dan BN.

Sekiranya perkara itu berlaku ....bukan sebab saya yang menulis , tapi rakyat Satu Malaysia yang menghukum.