08 Rabiul Awal 1432 H.
MERLIMAU – Tindakan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan isterinya sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau adalah tidak masuk akal.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab.
“Ia jelas menunjukkan sikap tidak rasional pemimpin pembangkang terutama PKR yang sebenarnya hanya mahu menarik perhatian rakyat.
“Sebenarnya ini cara lapuk yang digunakannya dan pasti hanya membuatkan rakyat menyampah terhadap kepimpinan PKR sedia ada," katanya.
Menurutnya, sepatutnya Zuraida membawa idea dan usaha untuk membawa perubahan kepada Wanita PKR ke arah lebih positif.
"Saya harap, Zuraida menghentikan kenyataan yang tidak signifikan terhadap golongan wanita, sebaliknya berusaha membangunkan rakyat di kawasan beliau," katanya.
Sinar Harian/-

3 ulasan:
Tak keluarkan statement pun orang boleh tahu, si Grand Old Lady memang tak leh bertanding.
rosnah, lu jangan le dok ngampu, kenyataan zuraida tu bukannya bersungguh2, tapi lu mau sedar le, itu menandakan orang tak suka dengn rosmah, orang perli, apa punya kayu
bayangkan kalo rosmah amik calon..
mau bank negara kena buka cawangan kat melaka..
dah duit bertaburannnnnnnnnn....
Catat Ulasan