08 Rabiul Awal 1432 H.
SHAH ALAM – Kos kembali semula ke Mesir membabitkan pelajar yang dibawa pulang ke tanah air oleh kerajaan berikutan krisis politik negara itu, perlu ditanggung keluarga masing-masing. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata, kerajaan menerusi Ops Piramid menetapkan misi hanya untuk memindahkan dan membawa pulang mereka ke tanah air atas sebab keselamatan kerana itu tanggungjawab pemerintah.
"Tetapi untuk kembali semula ke Mesir, kenalah keluar belanja sendiri," katanya. Shahlan berkata, operasi membawa pulang semua rakyat Malaysia termasuk bukan pelajar yang masih berada di pusat transit di Jeddah, Arab Saudi akan diselesaikan selewatnya Ahad. Dalam pada itu, katanya, kerajaan akan sentiasa memantau keselamatan mereka yang masih berada Mesir dalam keadaan krisis politik negara itu masih belum pulih.
Menurutnya, kerajaan menghormati pendirian kumpulan berkenaan yang enggan keluar dihantar pulang ke tanah air berikutan kedudukan mereka yang jauh dari lokasi krisis. "Mereka ada sebab untuk membuat keputusan demikian.
Bagaimanapun kita harap mereka sentiasa jaga diri dan pihak kedutaan juga akan sentiasa memantau keadaan mereka. "Kumpulan itu juga jangan sesekali melakukan sesuatu yang boleh mengundang risiko," katanya. Shahlan berkata, antara alasan utama kumpulan itu ialah mereka mahu menamatkan pengajian yang dijadualkan berakhir bulan depan.
Sinar Harian/-

1 ulasan:
kera jaan perihatin 1malaysia..bukan untuk senang rakyat,wahai BN/UMNO sedarlah dari buai mimpi anda!!!habiskan duit rakyat cara lain takpa..untuk anak2 rakyat..berkira sangat!!!
Catat Ulasan