16 Rabiulawal 1432H.
Cina Islam
SHAH ALAM, 19 Feb.:- Saya menafikan Islam hanya untuk melayu sahaja seperti kata umno dan saya serahkan kepada ulama PAS untuk katakan fahaman ini salah atau tidak. Demikian penegasan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guang Eng semasa berucap dalam Konvensyen Nasional Pengupayaan bangsa di Audioterium MBSA di sini hari ini.
Beliau juga menegaskan dalam Pakatan Rakyat pengupayaan semua bangsa sangat penting termasuk di Pulau Pinang. Istilah memartabatkan rakyat amat bermakna dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat..
Beliau juga melahirkan kekesalan bila pengunaan media massa untuk memburukkan kerajaan Pulau Pinang yang kononnya anti melayu seperti dalam isu perobohan gerai.
Guang Eng juga mendedahkan data di mana gerai melayu yang dirobohkan kawasan pulau hanya 18 pratus sahaja sedangkan bukan melayu 82 pratus. Katanya juga gerai yang dirobohkan kalau gerai atas jalan atau atas pokok kita kena robohkan untuk keselamatan.
Selain itu dia mendedahkan isu Taman Pelangi yamg digembar gemburkan dengan isu hanya gerai melayu sahaja yang dirobohkan sedangkan dari 22 gerai yang diambil tindakan pada fasa pertama, melayu 4, cina 3, india 1, bangsa lain iaitu Indonesia, Bangla, dan Thai 14.(64%). Aduan diterima dari orang tempatan dengan gelaran little hadyai, orang tempatan tidak sanggup tengok maksiat yang berlaku disitu.
Beliau mempersoalkan adakah dengan ambil tindakan kepada maksiat dianggap anti melayu. Sedangkan notis sudah lebih 3 tahun termasuk umno Batu Kawan yang minta dirobohkan. Bila kita ambil tindakan hentam kita balik, "macam istilah hantu pun dia , manusia pun dia."
Ketua menteri Pulau Pinang itu juga menjelaskan isu robohkan gerai cina, juga jadi isu sedangkan kita roboh sebab dia jual arak , tiba-tiba kena hentam juga dengan cina itu bertukar menjadi melayu dan tukar jantina jadi lelaki dalam berita.
Guang eng juga mengecam tindakan media Bn yang disifatkan "ini betul jahat" dengan menunjukkan gambar dia sedang sembelih lembu korban.
"Termasuk gambar terbaru saya pakai kopiah yang digunakan oleh MCA" katanya.
Beliau juga menegaskan Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah haramkan perarakan maulud malah diapun hadir.
"100 ringgit kepada warga mas, itu haram kerana kononnya duit judi, saya persoalkan yang keluarkan lesen judi adalah pemimpin BN, yang "haramkan" ialah lim guang eng, tetapi akhirnya saya yang kena hentam.
Dalam ucapannya Guang Eng menjelaskan bagaimana isu Portpolio hak ehwal bukan Islam, saya kena hentan teruk oleh Mukhriz. Sedangkan menurutnya ianya pernah dibuat oleh pemimpin umno di perak pada tahun 2009. Tetapi tidak di demo dan diselar kerana itu pemimpin umno buat.
Isu pemberian tender diisukan kerana yang dapat adalah orang melayu yang tidak diktiraf sebab bukannya kontraktor umno.
Menurutnya juga persoalannya bukan warna kulit tetapi kemahiran dan kemampuan seperti bidang kedoktoran, kejureteraan dan sebagainya.
"Dalam soal urustadbir yang penting ialah isu penyampaian, sekiranya penyampaian yang tidak baik kita tidak diterima oleh rakyat" sarannya.
"Saya hanya nak belajar dari Umar Abdul Aziz dan bukan saya mengaku sebagai Umar seperti yang diputar belit oleh pihak tertentu" katanya.
Selain itu Guang Eng melahirkan rasa kesal bila dikalangan melayu dia kata pas diperalatkan dap dan dikalangan cina mereka kata dap diperalatkan oleh pas.
"Yang penting kita kenal siapa kawan siapa lawan dan yang penting kawan selama-lamanya dan lawan selama-lamanya." katanya.
Guang Eng menyarankan supaya usaha PAS mesti lebih kerana MCA sedang berkerja kuat meracuni pemimkiran bukan melayu dalam media.
Selain itu sarannya penumpuan kepada usaha menjaga kebajian rakyat dan rakyat akan menerima kita.

3 ulasan:
Semoga Lim Guan Eng akan mendapat hidayah dari Allah SWT. Pencacai UMNO, sila jgn meroyan di sini!
Perdulikan UMNO dengan tuduhannya, Cuma saya berharap KM, Lim dapat keluarkan buletin ke seluruh pulau pinang menjelaskan semua itu. semua rakyat perlu tahu apa yang kerajaan bagi kepada mereka.
UMNO2 sampai bila nak jadi macam ni. orang-orang bukan melayu yang bela nasib melayu,yang bela hak ISLAM.UMNO akan tahu nasibnya dikubur dan mahsyar nanti.NANTIKAN
Catat Ulasan