19 Februari 2011

Nik Aziz : Islam datang bukan untuk perjuangan bangsa.

Ketibaan YAB Tuan Guru Mursyidul Am PAS didampingi oleh Naib Presiden PAS, Dato Mahfoz Omar dan Setiausaha Agung PAS, Dato HJ. Mustafa Ali di pentas utama untuk merasmi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa di MBSA pagi ini.
16 Rabiulawal 1432H.
Cina Islam.

SHAH ALAM, 19 Feb.:-Islam datang dalam keadaan bukan membawa agenda perjuangan bangsa sebagai agenda utama. Demikian antara penegasan oleh YAB Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan bangsa "Jaminan PAS" yang diadakan di Audiorium MBSA disini pagi ini.

Beliau juga menegaskan Allah menjadikan manusia berlainan bangsa dan rupa dan perbezaan jantina sehingga kita dapat mengenal isteri dan suami masing-masing.

"Jika Rasulullah datang dengan tidak membawa misi ketuanan Arab begitulah PAS datang dengan mencontohi perjuangan yang ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah " tegasnya.

Mursyidul Am juga menegaskan bagi PAS Melayu perlu diutamakan dalam dakwah kerana mereka yang tadahulu dari bangsa lain masuk Islam di tanah air ini. Melayu adalah kaum yang dominan untuk Islam di Malaysia walaupun Islam datang untuk semua bangsa lain.

"Hakikatnya umno jaga islam tidak dan islam jaub sekali menjaga Islam . Ini dibuktikan dengan susutnya tanah rizab Melayu, kegagalan DEB. malah tidak ada keraguan lagi pengkhianatan ini dalakukan dengan perancangan yang sistematik dengan kejasama yang baik dari umno.

Menurutnya juga slogan ketuanan melayu malah menakutkan orang lain kepada islam.

Nik Azizi juga menegaskan serangan terhadap PAS membuktikan kegerunan kepada PAS dan kegerunan PAS dapat menghilangkan kuasa mereka.

Menyentuh kejatuhan kerajaan Mesir beliau menyatakan "sekitanya di Mesir dapat dijatuhkan, maka saya optimis di Malaysia juga dapat dilakukan".

Nik Aziz juga mengatakan bahawa riak ketakutan mereka kepada PAS nampak sehingga dirinya dilebal sebagai seorang nasionalis oleh pihak tertentu.

"Ssya juga dituduh hanya mahu menang pilihanraya, jika demikian apa salah menang pilihanraya ?, malah kita masuk pilihanraya untuk menang." ucap Nik Aziz dengan sinis.

Beliau juga mengulangi tidak ada alasan jika benar UMNO berjuang untuk melayu kenapa Kelantan dinafikan kerana ditadbir oleh Melayu.

1 ulasan:

PENIPUAN PENJAJAH KE ATAS TANAH JAJAHAN berkata...

KNP PENJAJAH SBLM MEMERDEKAKAN TANAH JAJAHAN, MEREKA MENGGALAKKAN TANAH JAJAHAN MENUBUHKAN PARTI BERASASKAN BANGSA, ATAU BERSIFAT SETEMPAT/NASIONALIS SEMATA2? KRN SUDAH ADA PERANCANGAN AGAR SETIAP BANGSA BERJUANG UTK BANGSA SEMATA2...PERJUANGAN YG SEMPIT, TIDAK MEMBAWA PERPADUAN KAUM YG TULEN...DAN FAHAMKAH ANDA BAHAWA BAPAK/JUARA DLM SEGALA PERJUANGAN MENEGAKKAN BANGSA IALAH YAHUDI-ZIONIS, YG SGT RACIST AKAN BANGSANYA, SEHINGGAKAN TIDAK MAHU MENERIMA ISLAM SBG AGAMA YG BENAR DI AKHIR ZAMAN... MAKNANYA DIDUNIA INI, UMNO MENURUTI LANGKAH YAHUDI-ZIONIS DGN MEMPERJUANGKAN BANGSA.(JIKA DI BUAT HIERARKI, YAHUDI-ZIONIS ADALAH PALING TINGGI AKAN RACISTNYA JIKA DI BANDINGKAN ANTARA BANGSA2 YG ADA DIDUNIA)

MEMPERJUANGKAN BANGSA, ADALAH PERJUANGAN YG SEMPIT DAN TIDAK KEMANA2 JIKA DI BANDINGKAN DGN IDEOLOGI YG LEBIH BERSIFAT SEJAGAT, YG MANA PELBAGAI KAUM YG MENGANUTINYA...DAN MEREKA BERKONGSI IDEA YG SAMA CONTOHNYA IDEOLOGI KAPITALIS DAN KOMUNIS YG MELANGKAUI SEMPADAN GEOGRAFI SESUATU NEGARA... JADI DISINI PERJUANGAN BANGSA PASTI AKAN DI KALAHKAN OLEH PERJUANGAN IDEOLOGI YG LEBIH BERSIFAT SEJAGAT... DALAM KONTEKS MALAYSIA, NEGARA KITA PRO KPD KAPITALIS BRITISH-AMERIKA DGN MENGALAHKAN KOMUNIS...

TETAPI ISLAM LEBIH TINGGI DARI ITU SEMUA...JIKA ORG2 MELAYU MENGAMBIL ISLAM, KITA AKAN MELOMPAT DR HANYA MEMPERJUANGKAN BANGSA (YG BERADA DI BAWAH IDEOLOGI KAPITALIS PENJAJAH YG MENYEBABKAN KITA MENJADI PENCACAI MEREKA SAHAJA SEPERTI SKRG) KITA AKAN MELOMPAT MELEPASI IDEOLOGI MANUSIA-KAPITALIS-KOMUNIS KPD YG LEBIH TINGGI...KERANA ISLAM ITU ADALAH TINGGI, DAN TIDAK ADA YG LEBIH TINGGI DRPDNYA, MAKA KITA PASTI AKAN MENDAPAT KEJAYAAN..MENYATUKAN SEMUA BANGSA, TAK KIRA BANGSA, AGAMA, KEPERCAYAAN...KERANA ISLAM ITU RAHMAT BAGI SEKELIAN ALAM...BANGSA AKAN SELAMAT DGN BERPAYUNG KPD ISLAM, EKONOMI PASTI LEBIH MAKMUR, DAN PERPADUAN DALAM ERTI KATA SEBENARNYA PASTI TERASA DALAM SETIAP HATI SANUBARI RAKYAT MALAYSIA.

PILIHLAH ISLAM...ISLAM ITU LEBIH TINGGI DR PERJUANGAN BANGSA, DAN IDEOLOGI SEMATA2...HANYA ISLAM DAPAT MENGALAHKAN KAPITALIS & KOMUNIS, SEJARAH MENUNJUKKAN MEREKA YG BERJUANG NASIONALIS,PD AKHIRNYA HANYA AKAN MENJADI HAMBA KPD IDEOLOGI SAMA ADA KAPITALIS ATAU KOMUNIS...(SEPERTI UMNO YG HIDUP KAYA RAYA, BERTOPENGKAN PERJUANGAN UNTUK BANGSA-KETUANAN MELAYU? ATAU KETUANAN UMNO, UMNO MENJADI HAMBA KPD KAPITALIS KAYA2 YG ADA DI MALAYSIA) AKHIRNYA RAKYATLAH YG AKAN MENANGGUNG SEGALA KESENGSARAAN APABILA HIDUP SEPERTI KEMBALI KE ZAMAN PENJAJAHAN...