06 Februari 2011

Nik Aziz hanya mahu debat dengan orang bertauliah

3 Rabiul Awal 1432H.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan beliau sedia berdebat tentang Islam dengan sesiapa saja, tetapi orang itu mestilah mempunyai kedudukan dan tauliah.

Nik Abdul Aziz lantas mempersoalkan kedudukan dan kredibilit Pengerusi Biro Agama Veteran Umno Kelantan, Prof Mohd Noor Deris yang ingin berdebat dengan beliau.

Dalam kenyataannya semalam, Mohd Nor menyatakan kegembiraannya kerana Nik Abdul Aziz menyahut cabarannya itu dan akan menghantar surat bagi tujuan itu dalam tempoh terdekat.

Ditanya mengenai kenyataan Mohd Noor itu, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam tidak melarang umatnya berdebat untuk mencari kebenaran dalam soal agama, malah ia digalakkan asalkan meletakkan al-Quran dan hadis sebagai "orang tengah".

“Saya sedia berdebat dengan sesiapa sahaja, asalkan mereka mempunyai tauliah dan ada kedudukan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Al-At'am, di Dataran Pasir Pekan, dekat Tumpat hari ini.

Menurutnya, isu perdebatan mengenai agama dengan ulama, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri sudah lama ditimbulkan tetapi tidak pernah menjadi kenyataan.

Beliau juga bersetuju suatu kaedah berkesan dicari bagi mengelakkan ia menimbulkan kesan buruk hasil perdebatan itu.

“Bagaimanapun, saya mahu kaedah perdebatan itu dibuat secara terbuka... bagi membolehkan orang ramai mengetahui dengan jelas mengenai topik yang menjadi persoalan," katanya.

Sementara itu, Badan Perhubungan Umno Kelantan menyokong debat antara Nik Abdul Aziz dengan pihak-pihak tertentu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Ulama Veteren Umno negeri itu, Prof Mohd Nor Deris.

Timbalan Pengerusi badan itu, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata debat itu termasuk dengan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi merungkai banyak kekeliruan yang ditimbulkan oleh menteri besar itu sebelum ini.

Mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz hari ini, Dr Awang yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata terserah kepada penganjur sama ada perdebatan itu diadakan secara langsung menerusi TV atau dalam dewan yang terkawal.

--Bernama

4 ulasan:

Abu Hasan Chan berkata...

Saya berpendapat adalah lebih baik bijak pandai dalam soal ugama bersemuka dengan Nik Aziz menjawab beberapa kekeliruan secara langsung dan dibuat secara siaran langsung melalui TV , bukannya memalui akhbar-akhbar. Sedangkan sejahat-jahat Fir'aun ada disebut dalam al-Qur'an sendiri dia berdebat dan bersemuka dengan Nabi Musa yang disaksi oleh ribuan rakyat jelata.

Biasanya pihak akhbar dan TV yang suka membesar-besarkan isu-isu apa dikata oleh Nik Aziz ...contohnya Nik Aziz kata Tuhan samseng , Tuhan mencarut , sokong UMNO masuk neraka dsbnya. Pemuda UMNO Kelantan pernah buat laporan polis supaya Nik Aziz ditangkap dan dibicarakan , tapi alim-ulama UMNO tidak berani berdepan dengan Nik Aziz ..sehingga hari ini mereka sekadar menjawab dalam akhbar-akhbar sahaja ?

Jika Nik Aziz dikira bersalah kerana kata “Tuhan samseng” , yang orang surat khabar suka buat tajuk besar dalam akhbar , Nik Aziz pernah menyebut bahawa “Tuhan Istihar Perang Terhadap Sistem Riba” maka pihak akhbar tidak berani membuat tajuk utama dalam akhbar mereka , kerana bimbang ulama tak tahu apa hendak menjawab , bolehjadi mereka akan menyokong Nik Aziz pasal tajuk ini. Apabila ulama menyokong kata-kata Nik Aziz , “Tuhan mahu berperang ....” bolehkah kita berkata Nik Aziz bercakap bohong ?

Saya lihat ulama UMNO ada watak yang amat ganjil. Apabila Nik Aziz kata UMNO mengamalkan sistem jahiliah ...pihak media-massa sibuk mengheret ulama-ulama untuk mencaci Nik Aziz. Tapi pada satu ketika Mahyudin Yasin yang pernah menjadi menteri Sukan pernah menentang fatwa ugama yang berkata adalah haram bagi orang Islam menyertai sukan tidak menutup aurat ...Mahyudin Yasin pernah berkata bahawa itu fatwa songsang kerana bercanggah dengan semangat kemajuan sesukanan Malaysia. Ketika itu ....pihak akhbar tidak berani meminta pandangan para mufti , IKIM , Yadim dan jabatan-jabatan ugama seluruh Malaysia , bimbang kalau-kalau ada ulama kerajaan sendiri yang meminta Mahyudin Yasin supaya bertaubat kerena dia rusak akidah.

Tanpa Nama berkata...

umno mana pernah ikhlas dalam perjuangan diorang, sampai agama pun diorang buat modal untuk politik.. org2 yg jahil bolehla percaya kat umno tapi org yg berilmu INSYA ALLAH akan menyokong Pas.. semoga kerajaan umno dan sekutunya akan dikoyak koyakkan oleh Allah seperti Allah mengoyakkan kerajaan Rom dan Parsi sehingga hancur berkecai... kita doakan Khilafah Islamiyah akan kembali ditegakkan di muka bumi dengan petanda kebangkitan dari Asia Barat...

Tanpa Nama berkata...

manusia terbahagi 3 kumpulan

1. Islam
2. Munafik
3, Kafir

nak tahu ciri-cirinya, baca suara baqarah

Abu Hasan Chan berkata...

Masalah besar orang Melayu ialah sikap bercakap tapi jahil. Apabila saya buat Blog saya , saya himpun berbagai artikel , termasuk pro dan kontra. Ada saya menulis tentang Nik Aziz saya memujinya dan JUGA mengkritiknya , bukan semua saya puji.

Cuma saya nak komen di sini ...

Orang Melayu suka memilih tokoh ulama dan diberi anugerah kononnya mereka itu pakar Islam di Malaysia. Sebagai contoh ...Uthman el-Muhammadi dianggap sebagai tokoh ugama padahal dia itu sangat teruk dan tak tahu membaca kitab-kitab Arab dan lemah dalam nahu bahasa Arab.

Sekarang kita boleh uji Nik Aziz dibandingkan dengan Uthman el-Muhammadi. Jika dipilih Uthman el-Muhammadi untuk berdebat dengan Nik Aziz ...kita akan melihat betapa teruknya Uthman el-Muhammadi jika mereka membaca tafsir al-Qur'an.

Sebab itu sehingga kini ulama UMNO takut berdepan dengan Nik Aziz ibarat takut kepada hantu. Memang dari segi feqah Nik Azia ada beberapa kelemahan , TAPI Nik Aziz ada satu kelebihan ilmu lughah dan nahu Arab ..yang ibarat senjata tajam yang boleh menghiris ulama-ulama UMNO sampai mati seorang demi seorang.

Saya mahu melihat Nik Aziz ditangkap kemudian disoal oleh ulama UMNO face to face , dibuat siaran langsung dalam TV sampai satu bulan , kita akan melihat muka ulama-ulama UMNO menjadi pucat apa hendak dijawab bila Nik Aziz menyebut kaedah Nahu Arab , kaedah Lughah dan syair-syair Arab yang menjadi penyaksian kepada hujjah-hujjah dia.

Saya bukan memuji Nik Aziz ...ia menjawab satu tanda tanya kenapa ulama UMNO takut dibawa bersua dan berdebat secara ilmiah dalam siaran TV. Pernah terjadi ada mufti-mufti di Malaysia menasihati UMNO supaya jangan berdebat dengan Nik Aziz...ini sudah berlalu 40 tahun perkara debat dengan Nik Aziz dengan UMNO tidak menjadi kenyataan.

Kali ini, sekali lagi UMNO bersendiwara seolah-olah mereka mahu berdebat dengan Nik Aziz. Senang saja ...jadikanlah ia satu kenyataan , UMNO sambutlah cabaran Nik Aziz dan biarkan pakar-pakar ulama menghentam Nik Aziz secara terbuka secara siaran terus-menerus dan BIARlah Nik Aziz MAMPUS. Rakyat Malaysia patut melihat siapakah Nik Aziz sebenarnya , bukan apa yang tersiar dalam akhbar.
Sudah 40 tahun ..weeh ! UMNO tidak menyahut cabaran Nik Aziz.

Apabila ditanya Nik Aziz dalam debat ...kenapa dia berkata "Tuhan mencarut" ..Nik Aziz akan huraikan ayat al-Qur'an Surah 80 : ayat 17, "Qutila _l-insanu maa akfarah" = mati terbunuhlah manusia betapa dia kufur.

Ketika itu kita akan melihat samada Nik Aziz itu monyet atau UMNO itu monyet.