04 Februari 2011

PAS cabar Najib kutuk Hosni Mubarak

1 Rabiul Awal 1432H.
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 4 Feb: PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak dan kerajaannya yang kini sedang berdepan penolakan rakyat di negara teluk itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini Najib dilihat mengambil sikap berkecuali biarpun keangkuhan Hosni Mubarak berundur telah membangkitkan penentangan rakyat negara itu sehingga negara lain termasuk Malaysia terpaksa bersusah membawa pulang rakyat masing-masing.

"Kita menuntut Najib menyatakan sikap yang jelas sama ada mahu mempertahankan Hosni Mubarak dan kerajaannya atau sebaliknya.

"Kita kecewa sehingga kini Najib tidak berani memberi tekanan kepada Hosni Mubarak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tambahnya, Perdana Menteri sepatutnya malu apabila Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dengan begitu tegas menggesa Hosni Mubarak berundur dengan segera.

"Orang yang kita bagi anugerah pun boleh buat macam tu sedangkan dia tidak ada apa-apa kepentingan politik pun, malu la kita," ujarnya lagi.

Sebelum ini, al-Qaradawi yang juga Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, turut meminta Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau pergi secara paksaan.

Katanya, presiden Mesir itu perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali.

"Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak," katanya.

"Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, PAS dan seluruh rakyat negara ini ujar Mahfuz sedang menanti pendirian Najib dalam isu ini.

"Rakyat sedang menunggu Najib untuk mengutuk Mubarak yang enggan tunduk kepada tuntutan rakyat sendiri," katanya

Harakahdaily/-

3 ulasan:

Abu Hasan Chan berkata...

Perkara yang paling UMNO takut ialah negara Mesir menjalankan Syariat Islam sepenuhnya di bumi itu. Kemudian ia akan merebak ke lain-lain negara Arab ...dengan impian ummat Islam dapat kembalikan zaman sistem "Khilafah" yang menyatukan seluruh ummat Arab di bawah panji Islam. Ia akan menjadi satu kekuatan untuk memberi ancaman kepada Israel. Amerika pula akan kehilangan pengaruhnya di Timur Tengah.

UMNO merestui supaya gerakan Ihkwanul-Muslimin dihancurkan supaya Israel boleh menguasai negara-negara Arab. Hanya Ikhwanul-Muslimin sahaja yang boleh menyatukan ummat Islam Arab untuk menghadapi ancaman Israel.

Sekarang Ikhwanul-Muslimin sedang bangkit dan jika mereka berjaya ia akan menjadi mimpi yang ngeri bagi UMNO. Memang UMNO sudah merasa bahang kebangkitan akan berlaku di Malaysia juga. Setakat ini UMNO menganjurkan sembahyang hajat seluruh Malaysia untuk memohon kepada Allah supaya kabangkitan Ikhwanul-Muslimin gagal yang bermakna UMNO dan Israel akan selamat.

Tunggulah ...ulama UMNO akan berkata puak Ikhwanul-Muslimin adalah golongan Wahabi.

Sebab itulah media-massa di Malaysia ini cuba menggambarkan bahawa gerakan Ikhwanul-Muslimin , termasuk PAS adalah jahat dan pengacau keamanan.

abangxxx berkata...

Kita kata, buat apa nak kutuk orang luar yang tak ada kena mengena dengan kita. Negara boleh bersahabat. Fasal rakyat dia protes minta perubahan biarlah. Bukan kita tak bersimpati, tapi kena fikir betul-betulah. Jangan cari musuh. Dia tak caci Najib, buat apa Najib nak caci dia. Hai, orang Islam! Bersabar dan ingat Tuhan selalu. Dah banyak kesilapan kamu, insaflah!

Abu Hasan Chan berkata...

Sebab PM Najib itu tak tahu ugama ...dan ramai orang-orang Melayu adalah buta ugama. Ada satu hadith Nabi yang bermakna “bukan dari ummatku orang yang tidak ambil tahu tentang urusan ummat Islam” ....maknanya jika ada orang Islam yang tidak “sensitif” terdapat apa yang berlaku terhadap ummat Islam (di tempat lain) ..Nabi kata dia tidak termasuk ummatnya.

Cuba baca apa dilapurkan oleh seorang pemberita CNN dalam Twitter :

http://twitter.com/camanpour

yang antaranya berbunyi :

Suleiman tells me Egypt's 1979 peace treaty with Israel stands "we have a peace agreement and we will keep it firmly and not violate it...

Maksudnya ummat Islam di Mesir yang bangkit sekarang mahu Hosni Mubarak memutuskan hubungan dengan Israel ....tapi dia tetap mahu berbaik dengan Israel dan Yahudi kerana sikap keSETIAan terhadap perjanjian itu ? Sedangkan Nabi kita berpesan jangan sekali-kali membuat perjanjian damai dengan Yahudi.

Jika PM Najib membaca kenyataan Hosni Mubarak yang tetap mahu berkawan dengan Israel , adakah tidak dia naik marah dan rasa mahu MENGUTUK Hosni Mubarak ?

Barangkali PM Najib tidak pernah tahu apa maksud ayat-ayat dalam Surah ar-Rum (30) : 1-3 , yang bermaksud :

“Alif Lam Mim .....Telah dikalahkan bangsa Rumawi di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan akan menang”

Ayat-ayat tersebut mengajar ummat Islam supaya sensitif terhadap isu-isu semasa dunia. Apa yang berlaku terhadap ummat Islam di tempat yang jauh , ada kaitannya juga dengan kita di sini.