05 Mac 2011

Perlukah PAS tubuh unit gerak jihadnya?

30 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA difikirkan semula dengan situasi dan pengalaman yang pernah PAS lalui di dalam apa jua program termasuk penyertaan PAS di dalam pilihanraya, mungkin sudah tiba masanya PAS mewujudkan satu sayap seperti Unit Amal, tetapi sayap ini lebih ke hadapan bila berhadapan dengan situasi genting.

Jika Pemuda Umno mempunyai kumpulan Gerak Gempur yang dilihat lebih radikal di dalam keadaan-keadaan tertentu terutamanya menimbulkan provokasi, maka PAS juga perlu wujudkan kumpulan yang lebih aktif dan berani mempertahankan PAS malahan juga mampu berhadapan dengan sebarang ancaman musuh terhadap Islam dan negara ini. Saya lebih suka jika sayap PAS ini diberi nama Unit Gerak Jihad.

Keanggotaan kumpulan ini mestilah terdiri daripada ahli-ahli PAS khususnya yang berani, bermoral serta sentiasa taat kewajipannya kepada Allah. Mereka mestilah dilatih dengan penuh disiplin dan tahu kewajipan mereka terhadap parti khususnya. Jika selama ini Unit Amal lebih kepada kumpulan yang bertugas melakukan kerja-kerja amal, kebajikan dan selaku pengawal keselamatan sahaja, maka diharapkan dengan adanya Unit Gerak Jihad ini mereka sukarela sanggup mempertahankan Islam terutamanya di dalam apa jua bentuk ancaman.

Unit ini bukan satu kumpulan yang ingin berperang atau memberontak seperti kumpulan radikal Islam di luar sana. Unit ini hanya berfungsi sebagai pelindung kepada PAS dan juga boleh digerakkan seandainya terdapat sebarang bentuk ancaman musuh terhadap negara ini. Mereka hendaklah diberi tarbiyyah tentang pengertian Jihad mengikut Islam. Walaupun PAS yang mewujudkan unit ini, namun objektif utama Unit Gerak Jihad ini adalah untuk keselamatan negara, amnya. Mempertahankan tanahair dari ancaman musuh itu merupakan satu kewajipan. Melindungi PAS sebagai wadah politik Islam juga satu kewajipan buat kita.

Seandainya wujud unit seperti ini, maka tiada lagi mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya ingin menghancurkan PAS secara tidak demokratik dan negara kita juga akan terkawal dari ancaman musuh. Jangan kita hanya membiarkan puak-puak yang memusuhi Islam dan parti kita berbuat sesuka hati dan kita lebih suka mengalah./wfauzdin.blogspot.com

Ulasan Cina Islam :

Satu cadangan yang saya anggap perlu difikirkan secara matang oleh pimpinan PAS disemua peringkat berdasarkan senario UMNO dan BN semakin ganas dan semakin tin tidak menghormati undang-undang yang sedia ada.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sy amat amat stuju penubuhan unit ini..bejuang ke jln ALLAH..ingat MATI kerana ALLAH..'Aku mati kerana ALLAH..KO mati kerana sape..kerana duit!!!'..heemmm..jawap la kt sana esok...TAKBIR!!!!

Tanpa Nama berkata...

bagus jugak idea ni. biar beranak pinak dan bertambah lagi kumpulan pengganas yang sedia ada dalam parti hampas

Tanpa Nama berkata...

Secara umumnya saya bersetuju... sbb keselamatan pemimpin perlu dijaga

Tanpa Nama berkata...

takut umno lebih ganas kalau wujudkan pertubuhan unit gerak jihad...

Tanpa Nama berkata...

Kepada pemimpin gerakan jihad Pas.. saya ada idea itu pun kalau sudi mendengarnya...
hubungi saya bugs_boy1@yahoo.com...iklas memberi idea kearah kemenangan & pengurusan negara islam...amin//

Tanpa Nama berkata...

sy rasa mmg wajar unit gerak jihad ini ditubuhkan memandangkan suasana politik pihak BE END yang semakin melampau2 sehingga bole mengancam nyawa.. -The Helix-

Tanpa Nama berkata...

Cadangan yang baik dan saya salah seorang yang menawarkan diri untukmenyertainya.

Tanpa Nama berkata...

insyallah, ambo org pertama nok daftar

Tanpa Nama berkata...

Rasanya lebih elok unit amal sendiri diperkemas dan diperkasa..

Tanpa Nama berkata...

wajib. jgn tunggu lg

Tanpa Nama berkata...

saya mencadangkan disini supaya ditubuhkan pasukan "silent shooter" ia bermaksud pasukan photgrapher yg memebolehkan merakam gamba sebagai bahan bukti...lagipon di negara kita sudah maju dengan kemasukan kamera DSLR dengan lens 70-200 atau pon telezoom yg lebih jauh supaya dapat dirakam aksi monyet ini serta pemimpin monyet mereka atau pon sekiranya terdapat oihak polisdi kawasan itu...supaya mudah dijadikan bahan bukti ataupon tujuan menyebarkan

Al Jamuani Enterprise berkata...

Saya menyokong penoh penubohan unit ini kerana pihak lawan sudah melampau dan banyak telah bertindak melampaui lunas2 undang2

cikgu pencen berkata...

Nak lawan kafir ke?

Tanpa Nama berkata...

saya jgk rase cdangan ini satu cadangan yg membina dan perlu diperhalusi ke peringkat yg lbih tggi....ini kerana ia akn menjadi satu benteng kpd asakan serta tuduhan darpda pihak tertntu yang cube menjatuhkan agama islam....maka dgn adanya unit ini dpt mencetuskan lg semgat jihad dlm kalangan ahli pas khususnya dan rakyat malaysia amnya,,,,

ayam hutan berkata...

Saya setuju, ape tunggu lagi, walau pun saya dah tua daftarkan nama saya sekali.

Tanpa Nama berkata...

Perlu, namun tidak perlu diorganisasikan di dalam PAS, ini bakal mengundang fitnah PAS menjadi ekstrimis. Cukup sekadar PAS memiliki unit keselamatan yang mempunyai tauliah sebagai pengiring keselamatan VIP, yang mampu bertindak sebagai 'demonstration guard' dalam sesuatu demonstrasi dan ceramah-ceramah yang dianjurkan.

Cuma PAS boleh menggalakan setiap ahli untuk belajar ilmu bela diri secara peribadi bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah selaras ajaran Islam. Selain menganjurkan kursus bela diri, mengenalpasti pertubuhan bela diri yang boleh disertai dan tidak boleh disertai (melibatkan akidah) dan menganjurkan perhimpunan bela diri di kalangan ahli PAS.

Namun PAS digalakkan untuk memberikan latihan terhadap ahli dalam menguasai senjata paling hebat di kalangan orang Islam iaitu DOA dan kaedah beribadah untuk mendekatkan diri pada Allah dengan lebih sistematik. Sesungguhnya tentera Sultan Muhammad al Fateh tidak dihighlight dalam kehebatan mereka melalui menguasai persenjataan, walaupun mereka menguasai teknologi meriam terhebat di zaman itu. Namun mereka terkenal kerana mereka hebat dalam beribadah kepada Allah sama ada siang malam. Standard tentera mereka yang paling lekeh pun tidak meninggalkan solat sunat awal dan akhir dalam setiap solat fardu sejak dari baligh. Yang terbaik adalah Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri tidak pernah meninggalkan solat fardu, solat-solat sunat dan lebih mengagumkan tidak pernah meninggal solat tahajjud sejak dari baginda baligh. Jadi di dalam kategori mana unit gerak jihad PAS jika ingin ditubuh sekarang?

Remaja Tua berkata...

Cantekkk.Tubuh segera. Dah lama saya dan sahabat2 tungguuuu.Paling tidak pun, saya dan 15 orang sahabat akan sertai...Ayuh...apa tunggu lagi...Kami sanggup mati untuk Islam!!!!