19 Mac 2011

Undur selepas pilihan raya, ulang Taib

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali lagi memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya DUN Sarawak yang mesti dilakukan sebelum Julai ini.

Taib - yang sudah 30 tahun berkuasa di negeri itu - berkata, beliau akan memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini dan memastikan peralihan kuasa dibuat sebelum meletakkan jawatan.

Ini merupakan kali ketiga Taib mengeluarkan kenyataan sebegitu selepas berkata yang sama di Mukah dan Betong awal tahun ini.

Kemungkinan untuk beliau bersara semakin dekat, akuinya.

Taib yang memimpin Sarawak sejak 1981 berkata, masa itu akan tiba apabila orang yang didiknya boleh membentuk pasukan untuk berkhidmat kepada negara dan pelbagai bangsa

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak yah undur walaupun dah mati, nanti batu nesan Tan sri tu pun boleh diletakkan sbg calon.masa tu calon lawan confirm hilang wang pertaruhan.Habis batu nesan tanah kubur pun boleh jgk dicalonkan...