Menunggu di wad kecemasan membuatkan hatiku berdebar-debar. Abah masuk ke dalam. Melihat perkembangan tok. Manakala aku setia menunggu di kerusi yang disediakan. Leka aku menonton kartun UPIN dan IPIN.
Tiba-tiba..masuk seorang ibu mengendong anaknya.
“Jatuh kolam…”
Itu yang kedengaran. Lantas… serta merta budak itu dibawa masuk ke dalam ruangan kritikal. Kesian… detik hati kecilku.
Selang beberapa minit. Masuk seorang lelaki..dalam lingkungan 30-an barangkali. Mengisi borang. Kawannya datang bertanya.. kenapa?
“Anak aku meninggal… jatuh kolam…”
Mata aku tak lekang dari memandang lelaki itu. Dia menangis! Allah… hari ini anaknya telah engkau ambil kembali.
Aku pula yang menitiskan air mata!
*****
Abah memanggilku untuk masuk melihat keadaan tok. Doktor kata dah kritikal. Mungkin sampai esok sahaja.. itu kata doktor. Belum kata Allah kan ?
Aku melangkah masuk. Sebak…wajah tua ini yang menjaga aku dari aku kecil hingga dewasa. Tika abah bekerja…kepada dialah aku bermanja. Kini…dia sudah di mamah usia.. lesu di katil itu. Tasbih di tangan di genggam erat. Aku cium dan peluknya.. sebak.
Melangkah keluar. Aku pandang di sebelah kanan. Budak itu… mati.. Ya ALLAH… kecil sahaja budak itu, jatuh kolam ikan ketika bermain dengan kakaknya.
*****
Mendapatkan abah. Kami mahu bergegas pulang. Menghantarku ke tadika. Aku pandang wajah si ayah budak tadi. Menangis di pelukan temannya. Aku pandang dan terus pandang. Sedihnya…
Dalam perjalanan pula. Abah yang menangis. Aku jadi sebak. Abah menangis kerana ibunya bakal dijemput Ilahi. Seorang lelaki menangis kerana ibu yang dikandungnya akan pergi. Sekalipun dia lelaki..egonya akan runtuh apabila ibunya akan pergi meninggalkannya.
Aku sebak… aku kenangkan. Macam mana kalau aku yang mati?
Tepuk dada tanya iman… apakah persediaan kita untuk menghadapi mati?
Mati itu pelbagai cara… kita tidak tahu bagaimana!
Koreksi diri kita sahabat!
Hatiku berkata,
Serikandiumar93
1 ulasan:
selalu berdoa nak mati kat mekah semasa tunaikan haji :-)
Catat Ulasan