05 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media 9 April 2011
Saya mengalu-alukan pengumuman pihak Polis yang mengumumkan telah meluluskan 200 permit ceramah dalam tempoh 2 hari sejak hari penamaan calon.
Namun begitu saya rasakan pengumuman itu adalah sesuatu yang lucu dan semacam mahu menggambarkan demokrasi pilihanraya di malaysia sekarang berada dalam keadaan yang baik.
Alangkah sesuatu yang memalukan bila sejak sekian lama dan memuncak pada setiap kali pilihanraya media milik rakyat adakah tv, radio dan akhbar disalahguna sedemikan rupa untuk menggambarkan kebaikan BN dalam segala aspek.
Lebih malang mereka menggunakan media yang sama untuk menghentam dan memburuk-buruk Pakatan Rakyat(PR) secara terang dan tidak bersindung.
Lagi memalukan saya menyokong istilah baru kepada media BN yang telah bertukar wajah menjadi "media porno" .
Namun saya yakin gelaran itu mempercepatkan teori yang mengatakan media lama seperti itu akan terus terpinggir dari arus perdana dan makin tidak dipercayai paparan beritanya.
Oleh tidak ada sesuatu yang malang kalau rakyat malaysia terus menerus ditipu dengan gambaran seolah demokrasi dimalaysia sudah begitu baik. Sedangkan realitinya media ternyata berat sebalah dan semakin memihak kepada BN.
Walaupun hak PR dinafikan namun begitu saya tegaskan kemunculan media baru seperti website, blog, twitter , facebook dan sebagainya mendaji media alternatif kepada rakyat yang dahagakan maklumat yang sebenarnya.
1 ulasan:
Apabila Media semakin hari semakin mengampu Be eNd, maka dalam masa yg sama, HAK RAKYAT UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YG BENAR & SAHIH SUDAH DI NAFIKAN...BERMAKNA, KERAJAAN YG MEMERINTAH SUDAH MENGKHIANATI RAKYAT, & BERPERANGAI SEPERTI PENJAJAH...bersama dgn waktu2 di mana, lebih byk lagi penyelewengan akan berlaku, & lama kelamaan, semakin berleluasa, & jika rakyat hanya ambil sikap tidak peduli, Maka tunggulah suatu hari nanti, DIMASA ITU RAKYAT SUDAH TIDAK ADA LAGI TEMPAT UTK MENGADU KERANA SEMUA POSISI PIHAK BERKUASA SUDAH DI ISI OLEH GOLONGAN2 PENYAMUN & PENYANGAK...YG BERTUHANKAN DUIT & KUASA...
Elakkan peristiwa ini dr berlaku,semasa kita semua sbg rakyat masih punya kuasa utk memilih & MEMBERI TEKANAN KPD PEMERINTAH PARTI2 YG MENYELEWENG HAK RAKYAT SUPAYA MENUNAIKAN HAK2 RAKYAT...
MEREKALAH (PARTI2 POLITIK) YG SEPATUTNYA TERHUTANG BUDI KPD ANDA, DAN MEMBALAS BUDI ANDA KERANA MEMILIH MEREKA, KERANA RAKYAT WUJUD LEBIH AWAL DR PARTI2 POLITIK DAN RAKYAT LAH YG MEMANGKAH MEREKA DLM PILIHANRAYA...TOLAKLAH/BUANGKAN MANA2 PARTI YG ANGKUH YG SENTIASA BERSIKAP SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT... KERANA MEREKA SEBENARNYA SUDAH LUPA ASAL USUL & JANJI UNTUK BERKHIDMAT DGN IKHLAS KPD RAKYAT.
Catat Ulasan