9 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
MUARA TUANG, 13 April: Dalam kesibukan kempen hari ketujuh pilihanraya negeri (PRN) Sarawak, kehadiran calon PAS Muara Tuang Noraini Hamzah (Kak Ani) ke Kampung Sebayor disini, disambut meriah.
Program ziarah pengundi dari rumah ke rumah pada Selasa 12 April, diatur oleh kontingen PAS Terengganu, diselang seli dengan nyanyian dan laungan slogan dari anak-anak kecil, seolah-olah satu pasukan sorak.
"Pusing-pusing jalan-jalan, dulu dacing sekarang bulan,"jerit anak-anak dengan gembira kerana PRN Sarawak kali ini adalah pengalaman yang baru kepada PAS dan mereka.
Fenomena PAS yang bertanding buat kali pertama di sini menjadi buah mulut dan percakapan orang ramai.
Mereka yang baru berkenalan dengan PAS, kekadang memanggil parti itu sebagai 'bola ping pong', 'telur atau bendera jepun', selain nama 'glamour' PAS sebagai parti bulan.
Individu yang menjadi teras, menyokong Pakatan Rakyat di Kampung Sebayor adalah Pak Ghali, 70, yang sebelum ini banyak membantu calon PKR yang bertanding di situ.
Ketika ditemui, Pak Ghali sedang sibuk memasang bendera 'Jepun' berwarna hijau dengan galah buluh yang panjang.
Katanya, beliau dan para penyokong di kampung tersebut sudah berhari-hari, menunggu-nunggu kedatangan Kak Ani ke kampung Sebayor.
"Saya memang tunggu dah beberapa hari, tunggu calon datang ke sini, orang ramai pun sudah tanya saya, bila calon akan datang.
"Saya kata mungkin dia sibuk ke kawasan lain yang ada pengundi lebih ramai lebih dulu,"kata bekas tentera yang juga pesara Jabatan Pelajaran Sarawak itu.
Menurutnya, dalam rumah beliau, ada sembilan orang pengundi yang akan mengundi Kak Ani dari parti PAS.
Menurutnya, beliau tidak ketinggalan dari mendengar perkembangan PAS di Semenanjung kerana salah seorang anaknya yang bekerja sebagai tentera telah 20 tahun menetap diKelantan.
"Anak saya kerja askar, sudah 20 tahun tinggal di Kelantan, dia banyak beritahu saya tentang pemerintahan PAS di Kelantan,"jelasnya.
Turut serta dalam kempen tersebut adalah, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat.
H/daily
1 ulasan:
Parti yang layak memerintah negara pada masa akan datang adalah Parti Gabungan PAS, PKR & DAP ( PAKATAN RAKYAT ).
Sila Promosikan Halaman Ini. Cadangkan pada rakan-rakan anda ok !!!
Himpunan Rakyat Malaysia Yang Mahukan Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia Pada PRU Akan Datang. Tumbangkan Barisan Nasional & Gantikan Dengan Pakatan Rakyat.
Catat Ulasan