9 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SADONG JAYA, 13 April: Seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) di Kampung Ensengei Melayu di sini kecewa selepas meter elektrik yang tak sampai 24 jam di pasang, dicabut semula.
Kediaman penghulu tersebut, Tuan Haji Wahab Johari didakwa didatangi dua juruteknik Sarawak Electricity Supply Corporation (Sesco) lebih kurang jam 3 petang semalam.
Mereka memasang meter elektrik sehingga selesai dan kemudiannya menjalankan ujian sebelum mengesahkan ianya berfungsi.
Namun beberapa minit selepas itu, seorang pegawai Sesco didakwa datang dan memaklumkan nama penghulu tersebut tiada dalam senarai.
Beliau kemudiannya mengarahkan meter yang siap dipasang itu ditanggalkan semula.
Difahamkan Haji Wahab ada merayu kepada pegawai tersebut agar tidak mencabut semula meter elektrik itu, namun tidak dilayan.
Jam 12 sebelum itu, AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar ada berkunjung ke rumah beliau dalam siri kempen rumah ke rumah sempena pilihan raya kecil Sarawak kali ini.
Dalam pertemuan kira-kira 20 minit itu, Haji Wahab ada menceritakan salasilah keturunannya yang memang berasal dari kampung tersebut.
Selepas pertemuan itu pula, petugas PAS dari Selangor turut berkunjung ke rumah sama.
Difahamkan Haji Wahab adalah penyokong PBB sejak sekian lama.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada penarikan semula meter elektrik di rumahnya itu ada kaitan dengan dua kunjungan dari PAS sebelum itu.
Calon PAS, Abang Eddy Abang Fauzi ditentang calon BN, Aidel Lariwoo dan seorang lagi calon bebas, Mahayudin Bin Wahab.
H/daily
2 ulasan:
memang itulah dasar bn disarawak selama ini..... elektrik di sekat, jeti dicabut.... bagi yg menyokong pembangkang. tapi cukai tetap semua kena bayar...... dasar yg lebih teruk dari komunis,
betul ka tidak?????
Saya berasal dr Kpg Ensengai Melayu, Simunjan. Setahu saya elektrik mmg belum lagi ada kat sana dan sekarang dalam proses penyambungan.
Saya juga telah menghubungi penghulu yang merupakan bapa saudara saya dan beliau menafikan perkara yang dinyatakan dalam artikel ini.
Berhubung kunjungan pihak Parti PAS, memang diakui ada datang dan bergerak dari rumah kerumah namun pihak orang kampung memaklumkan bahawa perkara tersebut merupakan amalan biasa wakil parti2 politik bila menjelang pilihanraya...
Apa yang saya nak nyatakan disini adalah jikalau pihak Tuan hendak berkempen janganlah menggunakan nama seseorang individu seperti yang dinyatakan di artikel ini kerana ianya boleh mendatangkan kesan serta menggangu keharmonian serta ketenangan hidup individu tersebut...
lebih2 lagi beliau merupakan seorang penghulu kampung dan amat kami hormati dan segani diatas ketokohan serta keperibadian beliau..
Kami pendudk Kpg. Ensengai Melayu memang dahagakan pembangunan dan tidak dinafikan memang agak ketinggalan daripada apa yang telah dikecapi penduduk kampung2 yang lain. Namun kami tetap yakin semua itu akan kami kecapi jua nanti...
Catat Ulasan