27 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KEPALA BATAS, 1 Mei: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain mempersoalkan keengganan kerajaan untuk melaksanakan hukum qazaf dalam isu yang membabitkan video lucah.
"Apabila kerajaan sering memomokkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara Islam, kenapa hukuman seperti qazaf yang memerlukan empat orang saksi yang tidak fasik dan adil itu enggan dilaksanakan, sedangkan kerajaan mempunyai ramai ilmuan dan pakar dalam bidang tersebut.
"Sebagai peringatan, jangan kita dilaknat oleh Allah apabila berkemampuan untuk melaksanakan hukum tersebut, tetapi enggan melaksanakannya kerana kepentingan tertentu," tambahnya lagi.
Mengenai tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang memperjudikan sumpah laknat, katanya membuktikan dia adalah seorang yang tidak memahami agama Islam yang sebenar.
Menurut beliau lagi, ianya telah juga menjelaskan secara ketara kehidupan yang penuh kepura-puraan kerana sumpah dijadikan mainan munafik seperti mana yang dijelaskan dalam surah Al-Munafiqun.
"Sepatutnya sebagai seorang yang telah berusia Eskay sepatutnya bertaubat nasuha dan tidak merendahkan maruah sendiri seperti pengakuan yang dibuat.
"Malah sekiranya nasihat seorang imam dari masjid terbabit juga tidak dipedulikan, ini seolah-olah dia orang yang lebih tinggi martabatnya jika dibandingkan dengan imam tersebut," ujarnya lagi.
H/daily
2 ulasan:
Kalau sejak dari tahun 90an dulu sewaktu Rahim Thamby Chik (TRC) kena tuduh skandal seks dengan gadis bawah umur, para ulamak sepatutnya dah bangkitkan hukum qazaf ni. Tapi oleh kerana tuduhan terhadap TRC ini bawa keuntungan politik terhadap PAS, maka ramailah ulamak PAS yang jadi setan bisu dan hanya mendiamkan diri saja.
Para wartawan dan ustaz yg bekerja di harakahdaily pun patut kena qazaf juga kerana menuduh RTC terlibat dalam skandal seks di http://www.harakahdaily.my/tag/skandal-seks
Anwar buat sidang akhbar dengan PI Bala tentang pengakuan bersumpahnya yg disiarkan dalam blog anwar yg menuduh Najib ada "sexual relation" dengan Altatuya (perenggan 25.2). Maka sepatutnya Anwar pun kena qazaf juga.
Tokngah
Kes Anwar Ibrahim dan Rahim Tambi Chik (RTC) adalah berbeza. Ini kerana Anwar Ibrahim melaporkan perkara QAZAF di mahkamah syariah sebab dia tahu apa itu hukum QAZAF sedangkan RTC tidak tahu apa itu qazaf sebab itulah dia tidak membuat membuat laporan terhadap tuduhan dia berzina.
Apa yang dibuat oleh Anwar Ibrahim ialah melindungi maruahnya dari segi hukum syarak supaya dia tidak boleh dituduh berzina. Mengikut hukum QAZAF seorang itu tidak boleh dituduh berzina selagi dia dapat hadirkan 4 orang saksi yang adil dan berugama Islam.
Hukum Islam adalah lebih CERMAT. Memang adalah sukar mendapat 4 saksi yang adil. Islam bertujuan meindungi maruah seseorang Muslim dan menuduh orang berzina adalah berdosa besar. Sungguhnya seorang itu berzina sekalipun , dia boleh bertaubat dan kita tidak boleh menuduh dia berzina dan meyebarkan perkara itu secara meluas. Itu adalah haram.
Pada zaman ini untuk membuktikan seorang itu berzina dengan menggunakan cara DNA adalah bercanggah dengan kaedah Islam yang amat cermat hukumnya. Ini kerana cara DNA boleh berlaku kesilapan dan penipuan . Maka seorang yang dituduh akan teraniaya. Sebab itulah cara DNA tidak sesuai dengan semangat syariat Islam. Apatah lagi cara video itu sebenarnya memperkecil hukum Islam.
Antara syarat-syarat saksi-saksi yang adil ialah keempat-empat orang melihat dengan 4 pasang biji mata yang asli bahawa zakar lelaki memasuki salah satu lubang seksual orang lain. Bukannya membawa gambar video sebagai bukti. Fikirlah secara syariat Islam , bukannya cara alat bikinan manusia. Tahukah anda , apakah itu kekufuran ?
Kes Rahim Tambi Chik pula , jika pihak ulama PAS menuduh dia berzina , kenapa dia tidak melaporkan hal itu di mahkamah syariah ? Sekarang dia boleh berbuat demikian atas nama hukum QAZAF . Malangnya orang macam Rahim Tambi Chik TIDAK TAHU apakah itu QAZAF , sebab itu dia tidak berminat dengan cara syariat Islam. Persoalannya …adakah timbul dalam kepala Rahim Tambi Chik bahawa cara Islam adalah lebih baik ? Jika dia buat laporan QAZAF macam Anwar buat , secara tidak langsung , RTC membuktikan bahawa Anwar Ibrahim berada di pihak yang benar kerana menggunakan mahkamah syariah. Persoalannya juga …adakah pihak UMNO yakin cara Islam adalah penyelesaian yang paling baik ?
Berkenaan "sumpah laknat" pula , Anwar tidak perlu buat samada di dalam masjid atau tidak kerana bagi Anwar , dia memakai hukum QAZAF adalah satu bentuk MENGHINA orang-orang yang menuduh dia berzina. Ia adalah umpama laknat juga. Sebab dalam Islam , orang yang menuduh orang berzina adalah ibarat bertaraf bangsat. Yang menuduh orang berzina tidak boleh jadi imam solat , tidak boleh menjadi wali nikah , tidak boleh jadi saksi dalam sebarang muamalat , percakapan dia tidak boleh dipercayai dan dihalau jauh-jauh macam anjing.
Catat Ulasan