28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
ZAMBOANGA CITY: Penculik di Basilan semalam mengancam memancung seorang tebusan mereka - budak lelaki berusia 16 tahun yang dilarikan di Lamitan pada 19 Mei lalu - kecuali keluarganya membayar wang tebusan.
Kakak mangsa, Janet Sebastian Tahil, berkata penculik menuntut bayaran sebanyak 2.5 juta peso (RM174,197) bagi membebaskan Nico Sebastian.
Nico dilaporkan hilang sejak pergi ke rumah kawannya pada 19 Mei lalu.
Pegawai polis Lamitan berkata, penculik terbabit membenarkan Nico bercakap dengan ibunya pada 26 Mei lalu dan dia merayu diselamatkan.
Kata Janet, penculik itu memberi mereka tempoh tiga hari untuk memenuhi tuntutan berkenaan.
“Jika tidak, Nico akan dipancung dan kepalanya akan dipos kepada kami,” katanya.
AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan