05 Jun 2011

Majlis Syura dicadangkan buat odit kepimpinan

3 Rejab 1432H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Majlis Syura Ulamak dicadangkan supaya membuat odit kepada setiap anggota Jawatankuasa PAS Pusat dan dinilai setiap masa demi kepentingan PAS.

Odit ini pula hendaklah digunakan untuk membuat pembetulan terhadap semua mereka dan jika perlu mereka yang berkenaan dipanggil untuk diperbetulkan.

Cadangan ini dikemukakan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu ketika membuat ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke 57 hari ini.

Mohamad Sabu dipercayai menjawab secara praktikal isu ulama dan Majlis Syura Ulama.

Timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Haron Din ketika membuat ucapan penggulungan selepas itu membuat respon secara spontan cadangan Mohamad Sabu itu.

Bagi beliau, inilah kali pertama cadangan dibuat kerana sebelum ini hanya pengharapan dibuat dalam bentuk mahukan Majlis Syura diperkasakan.

Walaupun cadangan ini sepatutnya dibuat kepada badan odit tetapi beliau yakin cadangan ini boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan oleh Majlis Syura.

Tiada ulasan: