05 Jun 2011

Bersiap hadapi serangan baru dari musuh PAS.

3 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong.

Pemilihan pucuk pimpinan PAS untuk sesi 2011-2013 pada Muktamar PAS kali ke 57 sampai dikemuncaknya bila JK Pemilihan mengumumkan siapakah pemenenag kepada jawatan-jawatan yang telah dipertandingkan iaitu Timbalan Presiden, Naib Presidan dan AJK PAS Pusat.

Banyak pihak memberi kenyataan senada dengan kenyataan dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan barisan kepimpinan baru termasuk sayap-sayap parti yang dipilih dalam muktamar PAS kali ini adalah kabinet pilihan raya.

Presiden PAS menyifatkan barisan kepimpinan ini dianggotai barisan pemimpin yang dipilih yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional dan pemimpin masyarakat.

Satu perkara yang penting dengan kempimpinan baru ini ialah memberi satu gambaran dan jawapan bahawa pintu untuk UMNO mendekati PAS dengan isu bergabug untuk kepentingan melayu dan sebagainya sudah semakin tidak relavan. Malah saya rasakan mustahil akan berlaku dalam keadaan kepimpinan yang sangat faham untuk membawa arah tuju parti kepada kemuncak kegemilangannya tanpa menoleh kebelakang kepada janji dan pujukan dari UMNO.

Kerana itu saya ingatkan kepada seluruh kepimpinan PAS disemua peringkat serta para penyokongnya untuk sentiasa bersiap sedia mengahadapi serangan baru dari kepimpinan UMNO yang saya anggap dalam keadaan resah dan kecewa .

Sebelum ini tidak pernah kita bayangkan serangan dan ancaman kepada perjuangan PAS sampai dikemuncaknya bila UMNO dan BN sanggup melakukan jenayah yang ngeri dalam sejarah politik negara bila Ust. Ibrahim Libya dan pengikutnya dibunuh secara kejam di Memali. Ingatan kita kepada para syuhada memali mengingatkan bahawa itu UMNO yang sebenarnya.

Dalam konteks Pakaran Rakyat kita juga tidak pernah bayangkan bagaimana serangan yang dilakukan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan siri tuduhan liwat dan terakhir dengan video palsu yang dikaitkan dengan beliau.

Semunya itu menjadi ingatan kepada PAS bahawa UMNO sesungguhnya akan melakukan apa saja tindakan yang pada mulanya tidak masuk akal namun semunya menjadi "halal" demi untuk kekal berkuasa.

Sesuatu yang berada dalam ruang lingkup yang menyalahi hukum agama dan undang-undang negara bukan menjadi batas kepada UMNO untuk mereka lakukan kerana baginya kuasa yang ada ditangan jangan terlepas ke tangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Namun bila memikirkan saf kemimpinan yang mantap dengan Presiden Parti dibantu oleh seorang Timbalan Presiden yang faham dan tahu sangat mengenai sepak terjang UMNO maka saya rasakan PAS akan mampu bertahan dengan apa saja serangan yang bakal mendatang.

Apapun segalanya mestilah ditangani dengan cara yang berhemah dan sangat berhati-hati melalui pelbagai cara termasuk kerja-kerja penerangan tanpa rasa jemu dan penat bagi menagkis segala serangan itu.

Walaupun medan untuk kita berikan penjelasan amat terbatas dan terhad, tetapi saya yakin ruang yang sedikit itu menjadi terlalu luas bila semua bergerak untuk itu.

Arahan Presiden supaya digerakkan jentera parti disemua peringkat untuk menghadapi PRU ke 13 adalah arahan yang sangat jelas dan terarah dalam ucapan dasar yang diucapkan dalam majlis perasmian Jumaat lepas. Kerana itu tidak perlu Munaqasyah atau seminar melainkan semua sudah tahu dan mampu melakukan kerja-kerja pilihanraya bagi memastikan calon-calon PAS menang dimana sahaja kita bertanding.

Ayuh bangkitlah wahai seluruh pejuang Islam, dan pastikan BN jadi Pembangkang selepas PRU ke 13 nanti.

Kenyataan media,
DRS. KHALIL IDHAM LIM
GOMBAK, 5 Jun 2011.

1 ulasan:

pilah mari berkata...

Allahu Akbar!!! dlm pru akan datang ni... marilah kito smuo cokau UMNgOk n lopeh tu kito sepak lambungkan UMNgOk.... den dah x sbr nk sentak diorg ni turun.... nanti kau yo...