1 Rejab 1432H. [MOD] -
GOMBAK, 3 Jun - Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan perjuangan yang dibawa oleh PAS adalah jauh lebih relevan dalam masyarakat yang berbilang kaum ini jika dibanding dengan BN.
Paling penting kata Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, PAS wajib menyampaikan mesej tanpa paksaan dalam agama dan Islam adil untuk semua, sehingga mereka memberi kepercayaan kepada kita untuk memandu ke arah perubahan, dan melihat Islam secara amali.
"Sekaligus membetulkan imej Islam yang dicalar oleh perangai UMNO dan penganut Islam yang tidak beramal dengan ajaran Islam," katanya. Sokongan DHPP dalam beberapa kali pilihanraya membuktikan terbukanya tembok pemisahan PAS dengan masyarakat bukan Islam.
"Sudah ada sumbangan kerja mereka, peti undi dan calon yang menang dengan peranan mereka."
Tambahan PAS telah membuat keputusan untuk melibatkan mereka dengan cara yang lebih berkesan. Kumpulan ini sangat penting menjadi penyumbang kemenangan PAS.
"Saya amat berharap Dewan Himpunan akan main peranan yang lebih penting dalam penyampaian hasrat dan tujuan parti dan juga menyakinkan masyarakat bukan Islam bahawa PAS adalah parti yang sentiasa menyuarakan apa yang diharapkan oleh rakyat dan mampu menunaikannya," jelasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan