2 Rejab 1432H. [MOD] -
Muktamar PAS kali ke 57 berlansung dalam keadaan kehadiran perwakilan dan pemerhati memenuhi setiap ruang bangunan Kolej Universiti Dr Zukifli Muhammad di Taman Melewar.
Pengerusi Jawatankuasa muktamar dalam ucapan alu-aluan mengatakan bahawa kehadiran pada hari ini melebihi dari yang dijangkakan. Kerana itu beliau memohon maaf sekira menimbul ketidak selesaan.
Kehadiran pemerhati dari rakan Pakatan Rakyat serta dari gerakan Islam dari seluruh dunia, wakil kedutaan asing serta ngo memerihkan lagi muktamar pada hari ini.
Ucapan Dasar Presiden pada muktamar kali ini ialah dengan tema Membangun Negara Kebajikan diharapkan membawa PAS kepada hala tuju yabg lebih mantap dan konsisten bagi merelisasikan hasrat Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Muktamar pada hari ini membawa kembali nostalgia pas setelah muktamar terakhir diadakan disini terakhir pada tahun 2003.
1 ulasan:
Tahniah PAS, DAP dan PKR. Memantapkan ukhwah itulah pegangan.
Di Malysia khususnya ramai yang merasakan mereka sudah beriman dalam Islam tetapi ramai yang sudah hilang jiwa ehsan.
Harapan rakyat pada yang bergelar ulamak...kata janji mesti di kota. Benarkah ulamak bertekad membangunkan negara berkebajikan jika para ulamak sendiri semakin tinggi ilmunya, semakin ramai anak2 muridnya dan pengikut2nya yang taksub pada ketokohan ilmuannya sehingga terlupa asal usul kenapa dia dihantar kedunia sebagai orang alim yang berilmu.
Bimbang ayat2 suci dijual dengan harga lumayan bagi mengembangkan kaedah perguruan.
Jangan sampai ada si Awang bendul yang ikhlas lagi zuhud mendoakan bagi pihak rakyat yang sedang melarat. Terhakis sudah ehsan dalam diri para ulamak.
Ulamak ikhlas dalam berkhidmat tapi kenapa tabung disediakan.
Sukar bertemu ulamak zuhud, yang mengembangkan ilmu dengan kitab2 besar, kitab2 tua namun zuhudnya sukar ditandingi.
Catat Ulasan