3 Rejab 1432H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong.
Saya menunggu-nunggu apakah ulasan yang akan dikeluarkan oleh kepimpinan UMNO mengenai perlantikan Saf kepimpinan PAS untuk sesi 2011-2013. Hari ini hajat saya tercapai bila 2 orang penting dalam UMNO iaitu Naib Presiden dan Ketua Pemuda memberikan ulasan yang saya sifatkan sebagai kehabisan modal, lucu dan tidak berasas sama sekali.
Malah saya melihat kenyataan mereka berdua menggambarkan kebimbangan UMNO yang amat sangat dengan perubahan pucuk pimpinan PAS yang dilihat mampu menggugat kuasa mereka, malah sampai ketahap PAS dan Pakatan Rakyat mampu menumbangkan UMNO dan BN.
Jelas pimpinan UMNO tidak nyenyak tidur memikirkan nasib malang yang akan menimpa bila mereka akan kehilangan kuasa dalam PRU ke 13 nanti.
Kebimbangan dan ketakutan dengan kepimpinan PAS yang baru oleh pimpinan UMNO nampaknya tidak dapat disembunyikan lagi sebagaimana kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dipetik berkata berkata kepimpinan baru Pas yang dipilih semalam dilihat sekadar meraih sokongan sementara bagi mencapai matlamat mereka untuk memerintah bersama Pakatan Rakyat di negara ini.
Aneh sungguh ulasan seorang pimpinan yang tidak ada masa depan ini dengan berkata bahawa jika dahulu parti itu berjuang atas prinsip Islam, tetapi perjuangan PAS dilihat semakin kabur dengan memilih kepimpinan baru .
Lebih memalukan beliau mempersoalkan tentang hala tuju PAS dalam memperjuangkan Islam. Sedangkan hala tuju UMNO yang sudah lebih 50 tahun memerintah Malaysia entah kemana jatuhnya?
Dalam perkembangan yang berkaitan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mempelihatkan kebimbangannya tersendiri dengan mendakwa PAS sanggup menggadaikan perjuangan asalnya untuk menubuhkan negara Islam semata-mata ingin mengejar kuasa.
Khairy juga mendakwa UMNO sebagai parti dengan perjuangan asalnya iaitu demi agama, bangsa dan negara, tidak akan berbuat seperti apa yang dilakukan oleh Pas.
Satu kenyatan yang saya anggap "memperbodohkan" dirinya sendiri setelah UMNO berada diambang maut dan akan ditolak oleh rakyat namun masih bersuara dan mendakwa dialah pembela dan jaguh segalanya . Sedangkan UMNOlah pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.
Khairy juga tidak mampu melindungi rasa takut dan kebimbanganya mengenai PAS bila menuduh tanpa asas dengan katanya kami sanggup mengetepikan prinsip semata-mata hendak menjadi rakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat demi mencapai cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya.
Tidaklah saya mahu memanjangkan cerita mengenai dua orang penting dalam UMNO yang bersuara dalam keadaan kelihatan mereka sangat takut kuasa yang dimiliki akan hilang dengan perlantikan kepimpinan PAS yang baru sempena Muktamar PAS kali ke 57 pada tahun ini.
Jelas sekali yang merasakan tidak selesa dengan perubahan pucuk pimpinan PAS ialah pemimpin UMNO. Malah saya tidak tahu apa lagi esok dan lusa serta hari-hari mendatang bentuk ulasan yang menggambarkan mereka rasa bimbang dan takut dengan arus perubahan dalam PAS.
Selamat tinggal UMNO dan BN dan bersiaplah kamu untuk jadi pembangkang...
DRS, KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 5 Jun 2011.

4 ulasan:
Mat Sabu bergelumang dalam PAS bukan sehari dua. Atas lori pun dia sanggup berceramah. Hidup dan mati Mat Sabu kerana Allah.
Di usia2 macam Mat Sabu tu kekayaan dunia bukan matlamat tapi matlamat utama membela rakyat.
Mati pun puas hati.
Kami yang pemerhati pun turut merasa bangga punya pembela seperti Mat Sabu.
Dalam UMNO, adakah pejuang bangsa???Nak bagi ceramah pun ramai bodyguard dari rakyat. Tu pun yang hadir yang buta kayu dan buta huruf.
Sudah2 UMNO nak membodohkan rakyat dengan lagu rakyat.
Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu,
Suruh makan depa makan, suruh mengaji depa tak tahu.
Walaupun mak bapak tak cerdik tapi la ni anak2 cucu pakat2 celek IT.
YB Drs. Khalil Idham Lim bertanding pun tak blh menang ...memang la yg power2 dr perak tak power kat election PAS Pusat ...renung2kan la diri sendiri ..jgn over...sbb over le kalah tu ...Tahniah kepada semua barisan yang menang dan memikul amanat yg diberikan ..tunaikan la dengan jujur
Belum tentu Mat Sabu mati kerana Allah..mungkin takrif 'kerana Allah dari kaca mata parti PAS'. Yang saya lihat hanya semanagat nafsu amarah, atas nama Islam. Intipati iman, di mana zahir dan batin hadir qalbu sentiasa tidak lepas kepada Allah, memang tak ada di kalangan org PAS.
Buktinya sgt jelas...apabila sentiasa mengutuk orang Islam yang lain, mengutip yg buruk, memandang yg negatif, maka terlepas lah jiwa daripada mengingati Allah dgn sebenar-benarnya
Jadi..Islam PAS hanya laku kpd nafsu amarah manusia. Itu saja. Bagi org yg baru dalam Islam, mungkin mereka tertarik, kerana semangat baru nak naik. Bagi org yg dah mendalami agama, teriakan PAS hanya retorik... itu saja. Tak laku di sisi Allah dan dimurkai oleh Rasulullah s.a.w.
Tapi sebaliknya jika PAS menyeru kepada pemupukan kasih sayang di antara insan Islam, memupuk persaudaraan, bersikap membina dan bukan mengutuk... maka insyAllah baru lah dikatakan mengikut ajaran Rasulullah....kalau hanya nak pungut undi, nak menang pilihanraya, bersekongkol dgn org yang tidak cintakan Islam, maka jawabnya...sorry la.... hanya duniawi, walaupun berbuih menggunakan perkataan2 yg berbau Islam.
Salam ,
Saya tertarik dengan pendapat Tuan Tanpa Nama. Saya juga lahir dari didikan PAS, dilatih untuk menjadi pemimpin parti dari sekolah menengah sehingga tamat universiti melalui jamaah proksi kepada PAS dikampus.. tetapi menyedari yang perjuangan ramai ahli-ahli PAS sebenarnya lebih kepada membenci UMNO. Jadi apa-apa sahaja yang datang dari UMNO akan dibenci, walaupun ada yang bermanfaat dan baik. Begitu juga, jika datang khabar dari sekutu yang juga membenci UMNO, semuanya adalah baik, benar dan bagus.. walaupun mampu merosak ukhuwwah islamiyyah yang amat ditekan oleh Baginda Sayyidina Al Mustafa RasuluLlah.
Ini tanda kematian bagi hati!
Berhati-hatilah dan berpada-padalah terhadap keghairahan ingin menang pilihanraya!! Perjuangan kita hanya ingin redho Allah!
Catat Ulasan