2 Rejab 1432H. [MOD]
KENYATAAN MEDIA
ADUN Titi Serong Perak.
Saya sangat terkejut dengan penyebaran terbaru klip video lucah yang tersebar kelmarin dalam satu blog. Sebetulnya saya tidak berminat kepada untuk menonton klip tersebut namun sakadar mencuba menelusuriinya ternyata ia ujud dalam bentuk rakaman cctv hitam putih 4 dimensi rakaman.
Itupun selepas saya mendapat maklumat awal mengenai kerja tidak bermoral itu dalam beberapa laman web termasuk malaysiakini yang memaklum klip terbaru itu mula disebarkan kelmarin
Penyebaran video klip tersebut berlaku dalam keadaan pimpinan dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat sedang melangsungkan Muktamar Agung PAS kali ke 57 dan juga rakyat Malaysia seluruhnya bersiap untuk menyambut hari keputraan DYMM Yang DiPertuan Agong.
Bagi saya tindakan tersebut sangat tidak bermoral dan melanggar peraturan serta undang-undang dan tatasusila keagamaan dan moral masyarakat malaysia. Saya tidak tahu dimana letaknya hati budi dan kehormatan pihak yang masih menyebarkan klip video ini dalam keadaan banyak pihak menentang keras penyebarannya yang jelas adalah fitnah dan tidak ada pihak manapun yang boleh mengesah dan menghukum siapakah pelakon dalam klip itu.
Beberapa hari lepas Muktamar Dewan Ulamak PAS meluluskan usul mengecam video tersebut dan dalam forum yang dianjurkan oleh Syarikat Karangkraf Ketua Pemuda PAS dan UMNO sepakat menolak segala bentuk fitnah yang berlaku dalam negara kita.
Saya tiak dapat bayangkan dimanakah tahap moral masyarakat yang dihasratkan dalam kerajaan 1Malaysia bila perkara ini terus dibiarkan tanpa ada langkah untuk menghentikannya.
Terlebih malang penyebaran video ini di promosikan oleh sebuah blog yang jelas pro UMNO malah pemiliknya mencabar sesiapa untuk membawanya kemuka pengadilan.
Sebenarnya dalam kes ini siapakah pelaku dalam video adalah perkara terakhir bagi saya yang menjadi objek penilaian. Namun pihak yang membuat, menayang dan menyebarkannya berulang kali sebetulnya telah diambil tindakan lebih awal sekiranya benar pihak kerajaan 1Malaysia ingin membenteras kes ini.
Dimanakah pihak keselamatan dan agensi penguatkuasa negara bila sampai pada satu tahap saya melihat penyebaran video ini telah mendedahkan masyarakat khususnya golongan belia kepada pendidikan menonton ponografi yang "dihalalkan" oleh UMNO dan BN.
Apakah ini belia yang dikumpulkan di Putrajaya minggu lepas oleh Najib?
Kerana itu walaupun sudah terlambat, saya masih mengharapkan satu tindakan yang sewajarnya dilakukan untuk mengelakkan penyebaran bahan porno ini terus berlaku secara berulang kali bagi mengelakan masyarakat negara kita khususnya golongan belia terdedahkan kepada budaya yang tidak sihat itu.
Adalah sangat malang sambutan Hari Belia pada tahun ini dalam keadaan golongan ini didedahkan dengan budaya porno yang jauh bertentangan dengan falsafah pendidikan negara, undang-undang dan paling penting bertentangan dengan agama dan moral.
Kalau jelas ini adalah kerja BN dan UMNO demi untuk mengekalkan kuasa yang mereka miliki , maka saya berkata sesungguhnya inilah kemuncak kepada usaha mereka sebelum mereka dinobatkan sebagai pembangkang selepas PRU ke 13 nanti.
Kenyataan media.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
TAMAN MELEWAR, GOMBAK, 4 Jun 2011
1 ulasan:
Amin! Amin! Mudah2an impian kita terlaksana.
Kejahilan yang nyata. Sampai tak takut dan tak gentar pada hukum Allah. Dah la kerja buat baling kepala babi pun kerja buat orang melayu jahiliah..inikan takat penyebaran video lucah memang sah dah melayu jahil.
Semua tu kerja buat orang tak dak moral. Bangsa asing pun malu pada agama nenek moyang nak buat perangai tak senonoh tu semua. Cermin la balik siapa mak bapak puak2 melayu jahil tu dan bagaimana nanti keadaan anak2 mereka bila pakat2 tua bangka.
Inilah hasil didikan anak2 melayu UMNO yang dok tunggu orang suap makan kat depa. Bimbang tak dak hantu nak bela, depa nak makan apa!!
Aci lawan semua penghuni pusat serenti, pusat pemulihan, rumah kebajikan dan segala bentuk kepincangan keluarga kalau dibuat kajian semuanya datang dari puak UMNO piang...yang malas serba serbi.
Pada UMNO yang konon ada sikit ilmu tauhid, bertindaklah menukar haluan sebelum terus dicucuk hidung...barang2 naik ada depa kesah!!
Kita wajib kisah!!!
Kita sama2 tengok apa pemulihan yang kita dapat bila kerajaan bertukar tangan. Kita tak dapat manfaat emas sekarung pun tapi yang pasti kita telah berjihad ke jalan Allah. Dengan pensil yang diberi sudah boleh menjatuhkan pemerintah zalim.
Sampai masa tanggung jawab kita bersama tak kira Melayu, Cina atau India dan lain2 bangsa merdeka berganding bahu mematikan bom jangka ciptaan UMNO.
Catat Ulasan