09 Julai 2011

Bersih 2.0 mendapat liputan media dunia

6 Syaaban 1432H. [MOD] -


Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dikucar-kacir dan dihuru-harakan oleh pihak polis telah mendapat liputan meluas daripada media-media utama negara luar.

Liputan yang diterbitkan mereka merupakan berita daripada pandangan masyarakat luar mengenai apa yang benar-benar berlaku dan dilaporkan tanpa memihak kepada mana-mana. Jauh berbanding dengan media utama negara yang lebih suka memburuk-burukkan sesuatu yang selain daripada kerajaan.

Liputan-liputan tersebut antaranya boleh diikuti di Al-Jazeera, CNN, BBC dan Reuters.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sila baca - http://english.ahram.org.eg/News/15863.aspx

Tanpa Nama berkata...

SYABAS RAKYAT MALAYSIA YANG BERANI ! TERUSKAN PERJUANGAN MENUNTUT HAK KEBEBASAN DAN KEADILAN. MEMPERTAHANKAN HAK ADALAH SYAHID DAN BALASANNYA ADALAH SYURGA YG SEMERBAK HARUM !!! BRAVO...

Tanpa Nama berkata...

polis kini tidak menjalankan tugas mereka menjaga hak-hak rakyat...
Pihak polis sudah jauh tersasar dari tugas mereka yang sebenarnya...

Tanpa Nama berkata...

Perhimpunan BERSIH 2.0 ini tetap kekal membara dalam hati setiap peserta samada yang terlibat dalam perarakan atau mereka yang terkandas di lebuh raya dan sekatan polis.Mereka yang disembur dengan air asid dan gas pemedih mata serta keluarga dan anak cucu mereka pasti akan merealisasikan BERSIH ini dengan tangan mereka diatas kertas undi pada PRU akan datang...kejayaan pasti menyusul.kekejaman ada tarikh luputnya.

Qaseh Bonda berkata...

PM dan sekutu dok gelak sakan tengok gelagat robot2 polis ni. Sudah2lah diperbodohkan oleh PM yang sememangnya bukanlah dari orang2 cerdik pandai jauh sekali ilmuwan negara.

Dok gebang bagus di kari kopersi konon yang tak pi belarak ni orang cerdik2. Porrrah!! Kalau tak dikerah dengan baju hebat2, berdandan sini sana dengan surat arahan wajib hadir tak kan ade nya yang sudi dok nganga dengar gebang hang yang dah tak laku tu.

Jangan kata orang tua, budak2 pun menyampah nak tengok TV bila keluar muka orang takut bini ni.

Tahniah pada anak2 muda bangun tanpa upah...demi menyelamatkan negara yang hampir punah dengan kerakusan pemimpin2 yang gila duit, gila betina, gila arak, gila judi dan sama waktu dengan perangai jahil dalam ugama.

Sekali rakyat pakat buat gila2, barulah nak buka mata semua betapa hebatnya kuasa minda rakyat yang merdeka.