Perarakan: Gas pemedih mata, meriam air dilepaskan |
GALERI FOTO Sekurang-kurangnya lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo. LAPORAN LANGSUNG: 2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk peradsaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah. 2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak. 1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak. 1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang. 1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur. 1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru. 1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India. [video - 17 saat] 1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan. 1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: “Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan.” 1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap. 1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai. Antara yang hadir ialah pemimpin Pemuda Umno Arman Azhar, Reezal Merican Naina Merican, Zaki Zahid, tetapi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin tidak kelihatan. Pegawainya bertegas bahawa Khairy akan tiba kemudian. 1.22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya. 1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka. 1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita. 1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai. 1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42. 1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak. 12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara. 12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH. 12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata. Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut. 12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap dan kini di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu. 12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini. "Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan. Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek. 12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka. 12.30pm: Menurut Facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari. 12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu. 12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun. 12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana. 12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan. 12.05pm: Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut agak lenggang dengan hanya kira-kira 50 orang di luar, termasuk ketua penerangan PAS Misbahul Munir. Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai. 11:58am: Petaling Street - Kira-kira 50 orang berkumpul di dalam kelompok kecil di sepanjang jalan pasar, yang dipercayai penunjuk perasaan. Bagaimanapun, tidak ada yang berpakaian kuning. 11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah. 11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'." Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini. 11:47pm: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menghantar tweet berkata kumpulan Patriot akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 1 tengah hari. "Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi telah ditangkap polis di stesen bas Putra." 11:45am: Sogo - Seorang wanita dilihat merayu kepada pihak polis supaya membebaskan suaminya yang telah ditahan selepas pasangan itu membeli-belah di Haniffa Textile. 11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM. 11.35am: Stesen lama KTM - Ketegangan berlaku di disini. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan. 11.34am: Masjid Jamek - Seorang pemuda yang mempunyai baju BERSIH 2.0 di bagnya ditangkap di hadapan restoran McDonald. 11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita. 11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar. 11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning. 11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan". 11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini. 10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka. Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal. 10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat. 10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut. |
09 Julai 2011
Sebahagian KL hujan berserta dengan guruh
Syaaban 1432H. [MOD] -
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan