26 Julai 2011

Rakyat disuruh berjimat, Pemimpin BN boros berbelanja.

24 Syaaban 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT ADUN TITI SERONG/

SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK


Belum pun rakyat Malaysia hilang lelah dengan kenaikan harga barang rentetan penarikan subsidi sedikit demi sedikit oleh kerajaan Umno-Bn, ditambah pula lagi dengan pelaksaan GST (cukai 6%) terhadap beberapa barang dan juga perkhidmatan, kini rakyat bakal dibebankan semata-mata untuk menyenangkan hati pemimpin Negara yang zalim dan boros dalam perkara yang membazir dan tidak perlu.

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan kononnya TUDM pada ketika ini memiliki 10 buah MiG-29N yang dibeli pada 1990-an dan khidmat jet pejuang buatan Rusia itu di dakwa perlu ditukarkan kepada pesawat yang baru dan lebih canggih .

Saya ingin menjelaskan bahawa18 buah jet pejuang Sukhoi buatan Rusia yang dibeli tidak lama dahulu masih belum panas enjinnya, mengapa perlu ditambah kesengsaraan rakyat dengan perbelanjaan yang bersifat tidak penting dan terlalu mendesak.

Tambahan pula jangan kita lupa pembelian jet Sukhoi tersebut menimbulkan kontraversi sert amat meragukan dimana kerajaan Malaysia membayar 18 buah Sukhoi dengan harga US$900 juta, (US$50 juta sebuah) sedangkan India membeli 40 Sukhoi dengan harga US$1.6 bilion, (US$40 juta sebuah) manakala Vietnam membeli 4 buah Sukhoi dengan harga US$100 juta. (US$25 juta sebuah).

Inilah yang dimaksudkan dengan belanja “atas angin” yang biasa berlaku dalam pentadbiran Umno-Bn yang telah ditentang Pakatan Rakyat sejak sekian lama. Keadaan yang sama berkemungkinan akan berlaku bila hasrat membeli pesawat baru itu ditunaikan dan tentunya sejumlah wang rakyat telah dibazirkan dan mengalir masuk ke poket pihak tertentu.

Pakatan Rakyat sebenarnnya tidak menentang sebarang cadangan yang baik termasuk dalam menyediakan kelengkapan yang canggih untuk pertahan negara, namun kewajaran perbelanjaan untuk perkara yang tidak terdesak mestilah ditangguhkan berbading dengan keperluan rakyat keseluruhannya yang perlu diutamakan terlebih dahulu.

Kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada sektor pembangunan yang lebih signifikan untuk semua lapisan rakyat dan bukannya hanya sibuk untuk mengggunakan wang rakyat untuk perkara yang kurang penting.

Pesawat baru yang dicadangkan untuk dibeli ialah Eurofighter Typhoon iaitu pesawat yang digunakan oleh Negara maju seperti Britain, German dan lain-lain Negara eropah termasuk NATO yang telah melancarkan serangan di Libya dengan pesawat yang sama baru-baru ini.

Kos bagi sesebuah pesawat tersebut mencecah RM3 bilion, iaitu kurang 2 bilion dari kos Menara Warisan cadangan Perdana Menteri yang mendapat tentangan rakyat yang sedar bahawa itu juga bukan keperluan.

Persoalannya adakah wajar kerajaan berpesan supaya rakyat berjimat tetapi kerajaan sendiri tidak mengamalkan sikap bejimat dalam berbelanja.

Hakikatnya rakyat mempunyai kuasa undi untuk membatalkan usaha pembaziran ini, dan mereka boleh menyekat kuasa kerajaan Umno-Bn yang zalim dan membazir pada PRU 13.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Parit Buntar, 26 Julai 2011.

Tiada ulasan: