20 Syaaban 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 22 Julai – ”Hijab” dan pakaian yang menutup aurat tidak menghalang tekong dari skuad wanita Indonesia, Cahaya Permata Fahrani membuat libasan kencang ketika beraksi di Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.
Cahaya Permata, 18, berkata, beliau tidak merasa kekok walaupun memakai ”hijab” dan seluar panjang ketika beraksi di mana-mana kejohanan sekalipun.
"Sebagai Muslimah saya rasa bangga beraksi di gelanggang tanpa mendedahkan aurat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang mula berjinak dengan sukan sepak takraw pada 2006 berkata, pada pendapatnya tidak menjadi kesalahan wanita Muslim bertudung aktif dalam sukan selagi menjaga aurat seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.
Atlet Indonesia yang berasal dari Sumatera Selatan itu berkata, beliau mula memakai ”hijab” pada 2007 sebagai menunaikan nazarnya terpilih menyertai Sukan Kejohanan Olahraga Nasional Indonesia (PONI) 2007.
Cahaya Permata yang belajar di Universiti Sri Wijaya, Kalimantan itu berkata, impiannya selepas ini adalah untuk beraksi di temasya Sukan SEA, Indonesia pada hujung tahun ini. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan