22 Julai 2011

Tuan Ibrahim masih demam

20 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUANTAN, 22 Julai: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini sedang menjalani rawatan di wad Hospital Pakar Alor Akar, di sini dilaporkan masih demam tetapi semakin pulih.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal, keadaan Pesuruhjaya PAS Pahang itu sudah lebih stabil sejak dimasukkan ke situ Rabu lalu.

“Beliau masih demam dengan bacaan suhu badan mencecah 37 darjah tetapi sudah menunjukkan tanda-tanda pemulihan, boleh makan dan dinasihatkan banyak berehat,” katanya.

Tuan Ibrahim yang demam menggigil dimasukkan ke hospital berkenaan Rabu lalu setelah pemeriksaan pada darahnya terdapat simptom dijangkiti kuman malaria.

Sehari sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Jengka setelah pemeriksaan darah berikutan mengalami demam berkala sejak beberapa hari.

Roslan mengakui pejabat PAS Pahang telah dihubungi pelbagai pihak bagi mengetahui keadaan Tuan Ibrahim justeru membuat kenyataan ini.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar Ustaz Tuan segera pulih seperti sedia kala bagi terus memimpin perjuangan ini,” seru beliau.

Harakahdaily/-

Ulasan :

Kami seluruh warga blog Cina Islam mendoakan ustaz cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas seperti biasa.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah sembuhkan demam ustad dan sihat serta boleh meneruskan perjuangan

fikrah islamiah berkata...

Semoga Allah sembuhkan Tuan dengan segera.

Anonomymous berkata...

semoga beliau cepat sembuh dan teruskan perjuangan mu... kepada Najib Razak spesis jahat dan penderhaka pada rakyat dan allahazwajalla aku berdoa kamu ditimpa bala..

Manja berkata...

semoga ustaz sihat. Dari rakan sekampung. Kg Batu Balai, Jerantut Pahang