25 Ogos 2011

Aziz: Biometrik lebih banyak masalah dari dakwat kekal

25 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.

"Hujah bahawa (seseorang yang mempunyai beberapa kad pengenalan) boleh mengundi sekali sahaja dan kemudian bawa kad lain ke saluran yang berbeza, dan ia akan sepadan dengan cap ibu jarinya dan dia akan dibenarkan mengundi

"Prasyarat bagi sistem ini berkesan ialah setiap orang mempunyai hanya satu kad pengenalan sahaja," katanya.

Dibanding dengan dakwat kekal, katanya, sistem tersebut boleh juga bermasalah pada hari mengundi dan menyulitkan prosesnya.

Abdul Aziz berkata, pihaknya mencubanya dengan 50 orang dan purata masa bagi setiap orang adalah 10 saat, tetapi menghadapi masalah apabila mesin tidak dapat mengesannya.

"Dengan dakwat kekal, anda hanya perlu celup jari dalam dakwat," katanya.

Beliau juga berkata sistem biometrik "sangat mahal" dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh bulan.

Abdul Aziz juga menafikan dakwaan timbalannya, Datuk Wan timbalan Ahmad Wan Omar bahawa dakwat kekal boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menandakan pengundi naif supaya mereka hilang kelayakan untuk mengundi.

malaysiakini/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cakap macam orang mabuk.....dulu mati-mati kata tak boleh, ni boleh pulak. Malaysia caca murba...

Tanpa Nama berkata...

Eloklah PRU akan datang gunakan dakwat kekal seperti di India yang mana bilangan pengundinya berkali ganda dari penduduk Malaysia.Ini adalah untuk mengelakkan penipuan.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...ambillah contoh yang baik dari negara luar, jangan jadi bodoh sombong.

Pak Mat berkata...

Ikut hang la Azizi oooiiiii... Tempat hang dah disiapkan oleh Pakatan lepas PRU 13 nanti di Kamunting. kalau tudak makin merapu meraban hang cakap.