12 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara sederhana manakala 19 lagi baik dalam bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 11 pagi ini.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan tidak ada kawasan mencatatkan IPU tidak sihat.
Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai, Negeri Sembilan (90); Batu Muda, Kuala Lumpur (80); Petaling Jaya dan Banting di Selangor masing-masing mencatat 79; dan Cheras, Kuala Lumpur (78).
Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 dianggap baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 301 berbahaya.
Menurut JAS, keadaan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan