01 September 2011

Idham Care rancang bina Kompleks Pendidikan berkonsep senibina Cina.

Gambar Hiasan : Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau Mesjid Beijing di Rantau Panjang Kelantan yang sepenuhnya bercirikan senibina Cina.

3 Syawal 1432H. [MOD] -
Azmi Aziz

PARIT BUNTAR, 1 Sept.:-Idham Care akan melancarkan secara rasmi skim wakaf tanah di sebidang tanah seluas 4 ekar di Titi Serong dengan harga wakaf RM 10 sekaki persegi pada Ahad 25 september ini, demikian seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Idham Care dalam Facebooknya kelmarin.

Tanah tersebut adalah bagi membina sebuah pusat pendidikan yang diperkenalkan oleh Drs. Khalil dalam FB nya untuk kali pertama dengan nama Kompleks Pendidikan Darul Anwar yang akan dikelolakan sepenuhnya oleh NGO Idham Care.

Menurutnya yang juga merupakan ADUN Titi Serong bahawa kutipan wakaf tanah tersebut disekitar KL telah bermula sejak 25 Ramadhan lepas.

Kompleks ini antaranya akan mengandungi Maahad Tahfiz Darul Anwar dan Pusat Penjagaan Anak Yatim & Saudara Baru Ummu Aiman.

Harapan beliau dalam FB nya itu supaya siapnya kompleks ini dalam tempoh 2 tahun akan datang. Beliau juga mendoakan semuga Allah mempermudahkan kerja yang telah bermula pada bulan Ramdhan yang mulia.

"Semuga dengan rahmat dan kemulian Ramadhan menyaksikan sebuah kompleks yang bercirikan senibina Cina seperti surau, pejabat dan pintu gerbang " katanya.

Semasa dihubungi beliau memaklumkan usaha untuk membina kompleks ini diharapkan mendapat sokongan dari semua pihak khususnya dalam soal pengumpulan dana yang berjumlah yang besar yang mungkin kos yang mencecah lebih RM 3 juta.

"Saya berharap dalam tempoh terdekat segala persiapan untuk majlis pecah tanah dan pelancaran rasmi skim wakaf itu akan berjalan dengan lancar" Katanya.

Mengenai ciri sebina Cina yang disebutkan dalan FB nya beliau menjelaskan usaha ini adalah untuk menarik minat dan menghilang rasa curiga orang Cina kepada agama Islam yang dianggap sebagai agama orang Melayu.

"Lagipun kita sudah biasa melihat banyak mesjid dan surau menggunakan konsep senibina Arab-Turki, Apalagi tidak ada bentuk khusus yang disebutkan oleh Rasulullah dalam soal membina mesjid atau surau, kerana itu apalah salahnya saya merperbanyakkan koleksi rumah ibadah orang Islam dengan konsep senibina Cina" jelasnya.

"Imej utama bagi kompleks ini ialah Surau yang boleh menampung jemaah sekitar 500 orang dengan bercirikan senibina Cina. Begitu juga pintu gebang dan bangunan pejabat yang juga akan menggunakan konsep yang sama" Jelasnya.

Beliau juga mengharapkan sesiapa yang ingin menyumbang dan membeli tanah wakaf tersebut boleh menghubungi beliau di no talipon 019-4759697, dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama IDHAM CARE No. Akaun : 558417102650.

1 ulasan:

[ the 3RD PARTY ] berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.