03 September 2011

Siapa Mat Indera ? (2)

5 Syawal 1432H. [MOD] -
RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010
Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.


Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.


Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.

Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.


Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.


“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.


“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak”katanya.


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cerita ini tak tepat
untuk cerita yg lebih sahih boleh jumpa mereka yg terlibat masih hidup
adaa di kampung berkenaan

Jebon berkata...

sapa dia yang boleh bagi crita ngan tepat.....aku tau...Utusan Meloya..RTMu dan TV3suku

Shaheiz berkata...

Jumpa Tuan Syed Ali di Batu Pahat

hayyiabidin berkata...

takde apa keistimewaan tentang mat indera ni, setinggi mana sekalipun ilmu melayu ala islam yg dimiliknya apabila dia membunuh orang yg bersyahadah dia pasti kecundang, itulah persumpahannya bagi tiap penuntut ilmu melayu/islam dan kalau benar mat indera bukan kominis ngapa dia takut berdepan dgn panglima salleh(kiai salleh)

Tanpa Nama berkata...

Dah lah tak payah nak citer2...orang yang dah meninggal dunia doa dan sedekah je Al-Fatihah kepada nya...agar roh nya terhimpun dikalangan hambanya yang beriman. Setiap kejadian telah ditetapkan Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

Hidup Mat Indera...Tukar Sekolah Datuk Onn dis Perserai ke Sek Men Mai Indera....

Tanpa Nama berkata...

akua anka Johor dan abang aku ada di seri Medan. Aku rasa orang2 jawa Peronorogo telah memilih jalan salah memmbantu Inggris , samalah orang2 Melayu sekarang memilih UMNO anak didik Ingeris, yang tersesat jalan. Untuk tidak rasa bersalah, patutnya orang2 seri medan kelaur UMNO dan sokong PAS, kuburkan anak didik ingeris ini dan naikkan semamgat juang Mat Indra...semoga rohnya dicucuri rahmat..insyallah.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kita sebagai orang ilmiah tidak perlu dimomokkan dengan cerita-cerita orang. Kekadang kita dipengaruhi orang. Maksudnya orang kata penjenayah..kita pun kata penjenayah..tak ada pendirian. Orang kata PM jahat..kita kata jahat juga. Tetapi setahu saya orang yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan..itulah pejuang..haluan kiri atau kanan..bulan itu persoalannya. Cuma perbezaannya ..haluan kanan menyokong dan haluan kiri penentang (penjajah)..tapi matlamatnya sama..inginkan kemerdekaan...Berjuang tetap berjuang...jangan sampai kita ditertawakan orang lain sudahlah..bangsa yang sentiasa memburukkan bangsanya sendiri dan memuliakan bangsa lain..jangan seronok menari...tapi muzik tak sesuai ..malah tak betul tempo..sebenarnya hati kecil saya mengatakan mat indera pejuang tapi desakan yang menyebabkan dia tersalah pilih..itupun bila haluan kanan yang memerintah..jika haluan kiri, mungkin fakta sejarah akan memihak kepada mat indera

Tanpa Nama berkata...

awak ni pandai cakap je, apa yang awak telah buat untuk negara ni....

Tanpa Nama berkata...

mudahan roh mat indera di rahmati ALLAH