08 Oktober 2011

Di mana peruntukan untuk Permata?


10 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Muhammad Faizal
KUALA LUMPUR, 8 Okt: "Walaupun bajet kali ini tidak dinyatakan secara khusus peruntukan untuk program Permata, tapi saya pasti tidak mustahil peruntukan tersebut diselit pada mana-mana program kerajaan," jelas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Pada Bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang semalam telah memperlihatkan tiada peruntukan khusus diberikan kepada Program Permata sedangkan pada bajet sebelum ini sebanyak RM110 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program tersebut.

Mahfuz juga menjelaskan tindakan Najib untuk tidak menyenaraikan peruntukan tersebut mungkin telah menyedari bahawa terdapat bantahan dari rakyat.

"Mungkin beliau sudah menyedari bahawa rakyat sudah memberontak dengan tindaknya sebelum ini yang telah memberi peruntukan kepada isterinya sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Tetapi dalam pada itu walaupun tiada penyenarai kita perlu melihat kembali kemungkinan besar peruntukan tersebut dimasukkan ke dalam peruntukan-peruntukan yang lain dan ini bagi mengaburi rakyat di luar," jelasnya.

Tambahnya lagi, adalah satu yang mustahil kalau sebelum ini peruntukan diberi tetapi kali ini tidak dinyatakan langsung.

"Kalau dulu ada peruntukan dan kali ini tidak dinyatakan bukankah itu satu yang pelik dan apa yang telah terjadi kepada program tersebut berjaya ataupun tidak, jika betul tidak disediakan peruntukan Najib perlu jelaskan status program Permata dan apa yang terjadi kepada peruntukan sebelum ini.

"Jika peruntukan untuk Permata tetap ada sila nyatakan secara jelas dan rakyat perlu tahu jangan diselindungkan hanya untuk kepentingan undi pada pilihanraya yang akan datang," jelas Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin juga bersetuju bahawa secara kasar memang tiada peruntukan diberikan tetapi jika dihalusi ia diselindung di bawah program tertentu.

"Memang kita tidak melihat peruntukan diberikan tetapi saya pasti peruntukan sebenarnya ada tetapi dimasukkan di bawah program tertentu.

"Dalam pada itu saya tidak menolak melalui bajet tambahan mungkin selepas pilihan raya nanti, satu nilai yang besar akan diberikan khusus kepada program Permata dan inilah cara yang digunakan oleh kerajaan bagi mengaburi mata rakyat untuk mendapat undi kepada mereka.

"Rakyat sudah jemu dengan sikap Najib kerana telah merajakan isterinya dengan pelbagai kemudahan kewangan sedangkan Perdana Menteri sebelum ini tidak menpunyai sikap sepertinya," kata Ahli Parlimen Ampang itu.(sumber:Harakahdaily)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Peruntukan untuk SJKC dan SJKT 200 Juta,tetapi tiada peruntukan untuk SK.Sekarang ini tiada sekolah SJKC dan SJKT yang tidak cukup bangunan, tetapi SK masih lagi kekurangan bangunan dan waktu persekolahan terpaksa diadakan 2 sesi (pagi dan petang), ini memberi masalah kepada ibubapa dan guru.ibu bapa yang bekerja bermasalah untuk mengambil dan menghantar anak mereka, pihak sekolah pula bermasalah dalam pembahagian tugas guru dan kegiatan kokurikulum. Sekarang ini Kementerian hanya perlu menyediakan bangunan kepada sekolah yang tiada atau kekurangan bangunan.Bagi saya perkara ini mesti diselesaikan dahulu, Jangan memberi sesuatu kepada orang yang sudah memilikinya,berilah sesuatu itu kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa.Untuk makluman Kementerian di kawasan YB Idham ada sekolah yang tidakcukup bangunan iaitu SK Titi Serang, Takkan kerana kawasan pembangkang peruntukan peruntukan disekat, sepatutnya SK Titi Serong ini sudah lama mendapat bangunan baru.Harap mendapat komen dan maklum balas dari ibu bapa kawasan Titi Serong,Parit Buntar, YB Idham, YB UMNO dan PPD Kerian.

sazaleeahya berkata...

sprti cincin PERMATA yg di bwa msuk scara snyp2,bgitu jg lh peruntukan utk progaram PERMATA,akn di salur kn snyp2.Prlu di ingt sblum pmbetangan bajet di parlimen najib ada buat pmriksaan trakhir dgn bbrapa org pgawai dn mntri trmasuk lh Rosmah Mansur.RM brada di sna utk mmasti kn agar najib msh mngkal kn peruntukan utk prblanjaan dia.

Tanpa Nama berkata...

Dalam Bajet 2012, GURU-GURU DITIPU LAGI...