26 November 2011

Tiga warga Eropah diculik, seorang lagi dibunuh di Mali

30 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BAMAKO 26 Nov. – Sekumpulan penculik bersenjata menculik tiga warga Eropah dan membunuh seorang lagi di wilayah Timbuktu, utara Mali, semalam, kata pasukan keselamatan.

Menurut sumber keselamatan, mangsa yang terbunuh, ditembak mati di bahagian kepala selepas cuba melawan penculik terbabit.

Bagaimanapun, identiti mangsa yang diculik dan dibunuh tidak didedahkan.

Kejadian terbaru itu merupakan yang kedua dalam tempoh 48 jam selepas dua ahli geologi Perancis diculik, dipercayai dilakukan oleh kumpulan Al-Qaeda Islamic Maghreb (AQIM). – AFP

Tiada ulasan: