http://bumiperak.blogspot.com
IPOH 14 Dis: Abdul Majid Salleh atau lebih dikenali sebagai Pak Imam Majid Salleh telah kembali kerahmatullah awal pagi tadi di rumah anaknya Kampung Sengat, Simpang Pulai pada usia 88 tahun.
Allahyarham dilahirkan di Kampar Perak pada tahun 1923, pernah aktif dalam Angkatan Pemuda Insaf dan Persatuan Kebangsaan Melayu Muda bersama tokoh-tokoh ternama seperti Dr Burhanuddin al Hilmy, Ahmad Boestamam dan seluruh pejuang kemerdekaan yang tulen yang lain dalam menentang British sehingga beliau ditahan dan dipenjarakan.
Seawal pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor untuk melebarkan pengaruh PKMM. sehingga berkembang ke seluruh daerah di Johor. Seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan oleh Inggeris selama tujuh tahun di Singapura.
Dengan kebolehan berbahasa Inggeris, Mandarin dan juga bahasa Arab, beliau pernah ditawarkan jawatan dalam kerajaan tetapi menolaknya kerana tidak sesuai dengan perjuangannya.
Selain itu beliau juga pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng pada tahun 80an dan juga pernah bertanding dalam Pilihanraya menentang presiden MCA Tan Kon Swan pada tahun 1986 di Parlimen Gopeng.
"Pemergian Allahyarham Abdul Majid Salleh merupakan kehilangan besar pejuang rakyat sewajar dicontohi pengorbanan dan semangat juang Pak Imam Majid terutamanya generasi muda.
"Semoga Allah SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin," katanya.

1 ulasan:
PAS atau anaknya patut bukukan semua negarawan yang tak tercatat ini supaya dikenali oleh generasi kalau tak boleh terbit pun PAS perlu bukukan bersama tokoh lain dan terbitkan utk rekod
Catat Ulasan