01 April 2012

Kenyataan Media : Kelab Guru dinasihatkan jangan bawa rombongan ke Thailand.

9 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Saya mengalu-alukan kenyataan dan nasihat penting supaya Rakyat Malaysia tidak melawat Selatan Thailand pada masa ini, kecuali mereka benar-benar mempunyai hal penting seperti yang di katakan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Dalam kejadian letupan bom kereta di Selatan Thailand, Songkhla, semalam, seorang warga Malaysia dikenali Low Thian Hock, 46, berasal dari Taman Seri Petaling, Kulim, Kedah disahkan meninggal dunia dalam kejadian terbabit. Manakala 27 disahkan cedera.

Berhubung dengan kejadian terbaru diatas saya mendapat maklumat dari beberapa sumber yang mengatakan bahawa bajet sebanyak RM 2 juta untuk kebajikan Kelab Guru-guru telah diagihkan kepada seluruh sekolah di negeri Perak telah diatur oleh Kelab Guru untuk mengadakan lawatan Ke Thailand

Terdapat Kelab Guru yang telah selamat mengadakan lawatan Ke Thailand termasuklah yang menyaksikan sendiri percikan api dan asap dari kejadian bom kereta yang berlaku di Songkla seperti yang dilaporkan :-

1. Oleh itu saya mencadangkan supaya nasihat dari Kementerian Luar hendaklah dipanjangkan dengan segera oleh Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengarahkan kepada sekolah yang merancang lawatan ke Thailang supaya membatalkan hasrat tersebut.

2. Kelab-Kelab Guru yang telah merancang lawatan ke Thailand hendaklah mementingkan keselamatan Guru-Guru dan keluarga yang merancang untuk melawat negara tersebut. Mereka mestilah memilih alternatif yang terbaik dan selamat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan dan sesuatu kejadian yang mengancam keselamatan.

3. Saya juga mendapat maklumat terdapat sekolah yang sudah siap ingin membawa sehingga 3 buah bas dikalangan guru dan keluarga untuk melawat Hat Yai pada penghujung bulan April ini.

4. Persoalan yang lain yang berkaitan ingin saya bangkitkan ialah mengenai garis panduan sebenar bagi menyelarasan pengunaan wang bantuan kepada kelab guru tersebut. Adakah pengunaan wang tersebut untuk tujuan lawatan adalah sebahagian dari garis bantuan yang telah ditetapkan ?

KENYATAAN MEDIA,
Parit Buntar, 1 April 2012

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG

Tiada ulasan: