11 April 2012

[Video] Gempa Bumi Aceh 8.7 Skala Richter - update

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
greenboc.blogspot.com

Justify Full

Banda Aceh - Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat, berukuran 8.7 pada skala Richter, melanda sebelah barat daya wilayah Aceh petang ini, mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk tempatan.

Gegaran sekitar jam 4.48 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.

Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters.

Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri.

Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.

Laporan Irish Times memetik agensi pengurusan bencana Indonesia berkata, bekalan elektrik terputus dan orang ramai mula berkumpul di kawasan tinggi berikutan isyarat amaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

"Bekalan elektrik sudah terputus. Lalu lintas pula sesak kerana orang ramai mahu menyelamatkan diri dengan bergerak ke kawasan-kawasan yang tinggi," kata jurucakap agensi itu, Sutopo.

Amaran tsunami juga dikeluarkan di kebanyakan negara di rantau Lautan Hindi.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) memberitahu bahawa pihaknya tidak pasti sama ada gegaran telah mengakibatkan tsunami tetapi telah pihaknya telah menasihatkan pihak berkuasa agar "mengambil langkah-langkah yang sewajarnya." -SH









Update: Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU. Jauhkan dari pantai.


Tiada ulasan: