06 Mei 2012

Najib menggelabah, keluar kenyataan tidak masuk akal.

14 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat sudah dalam keadaan menggelabah dan bercakap diluar kotak pemikiran yang waras apabila berhadapan dengan gelombang ratusan ribu rakyat yang menolak sisitem PRU yang kotor sekaligus menolak kepimpinan beliau.

Selepas seminggu Himpunan Bersih 3 beliau memberi reaksi dan komen dengan melemparkan pelbagai tohmahan yang melucukan terhadap rakyat yang telah berhimpun dan ulasan beliau sebenarnya telah meranapkan nama baiknya kalau masih ada dengan menuduh rakyat mahu melakukan rampasan kuasa ala revolusi dengan menakluk Dataran Merdeka untuk mengguling kerajaan.

Terlalu lambat beliau bercakap mengenai tuduhan yang dilemparkan dan respon ini telah menyerlahkan dirinya yang gagal menilai kemahuan serta keinginan rakyat yang sebenarnya.

Tsunami politik 2008 adalah sebaik-baik pengajaran yang boleh diambil BN untuk mereka berubah, malangnya ia dipersiakan dan dibuang begitu sahaja, tidakkah Najib sedar bahawa ramai pemimpin BN sendiri ada yang telah keluar meninggalkan BN, terakhir Tan Sri Abdul Kader Sheikh Fadhil telah keluar kerana kepincangan UMNO dan BN itu sendiri.

Penyelewengan dalam pentadbiran Negara oleh BN antara penyebab parti ini semakin lesu menunggu rebah termasuklah isu-isu yang gagal mencapai kata sepakat seperti pemansuhan ISA, mereka (Najib dan juga Hishamuddin ) tidak sependapat samada mansuh ataupun tidak.

Begitu juga isu Hudud, Chua Soi Lek sehingga mengugut untuk keluar BN jika Umno laksana undang-undang tersebut di Malaysia sehingga menyebabkan Najib Razak mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dari lidah seorang muslim bahawa BN tidak akan laksana Hudud atas alasan realiti semasa dan amat menyedihkan apabila Menteri yang menjaga portfolio agama di JPM Putrajaya mengambil sikap membisu dalam isu perkara pokok agama Islam ini.

Najib Razak seboleh-bolehnya ingin menegakkan benang yang basah dengan menyatakan bahawa parti BN sedang berada di tahap yang mantap, kukuh dan ada sokongan padu.

Hakikat parti Umno BN sedang berpecah dari dalam tidak dapat dinafikan lagi, retak dari dalamnya terlalu banyak, kerja-kerja baik pulih parti terlalu banyak sehingga didengari oleh orang luar, begitulah perumpaman yang dapat digambarkan keadaan semasa Umno.

Rakyat tidak boleh memberi peluang lagi kepada parti Umno BN yang lemah mentadbir Malaysia kerana kesanya negara dan rakyat akan semakin mundur, PRU13 adalah detik untuk beri peluang kepada Pakatan Rakyat meneraju pentadbiran Negara, berdasarkan rekod di 4 negeri selama 4 tahun selayaknya PR diberi peluang sebagai Kerajaan negeru dan Pusat.
6 Mei 2012

Drs. Khallil Idham Lim
ADUN Titi Serong.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera

Tsunami politik 2008 adalah sebaik-baik pengajaran yang boleh diambil BN untuk mereka berubah, malangnya ia dipersiakan dan dibuang begitu sahaja,

Jawapan yang tepat bagi UMNO pada ayat yang tuan nyatakan di atas. Mereka tidak berubah malah makin ganas, sombong dan meneruskan sikap menkayakan golongan politik dengan meneruskan rasuah kewangan, penyalah gunaan kuasa dan menindas golongan rakyat terbanyak yang memberi kuasa pada mereka untuk memerintah.

Namum apapun jawapan saya pada rakan rakan UMNO, Ini adalah balasan Allah pada UMNO atas sikap Pemimpin dan Ahli UMNO yang tidak sensetif dengan Agama dan Bangsa. Fenomina tahun 1998 adalah permulaan dan berterusan sikap Fitnah yang amat menjijikkan hingga Allah membuka mata rakyat untuk melihat kesemua penipuan demi penipuan dan sikat sikap tidak amanah pemimpin UMNO

Insyaallah PRU 13 akan membentuk Kerajaan yang AManah dan Adil pada semua gulongan masyarakat..Takbir..........

Kamalwirajaya

Tanpa Nama berkata...

Majlis fatwa pun dikerah sampai pecah otak untuk selamatkan UMNO/BN

Tanpa Nama berkata...

Buat Persediaan.... PRU ke 13 - 3/6/2012 disahkan...

Tanpa Nama berkata...

Buat Persediaan.... PRU ke 13 - 3/6/2012 disahkan...