20 Rejab 1433H. [MOD] -
BEIRUT 10 Jun - Sekurang-kurangnya 23 orang dibunuh oleh tentera Syria semalam, termasuk sembilan wanita dan tiga kanak-kanan di dalam dua kejadian berasingan di sini.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia yang berpengkalan di Britain berkata, serangan pertama di selatan pekan Daraa itu mengakibatkan 17 orang terkorban manakala serangan kedua pula menyebabkan enam lagi terkorban di tengah bandar Homs.
Katanya lagi, korban terbaru itu berlaku di kawasan kediaman yang merupakan tempat bermulanya pemberontakan terhadap Presiden Bashar al-Assad Mac tahun lalu.
Turut kelihatan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan meriam dan sesetengah daripada mereka turut cedera parah. - AFP
1 ulasan:
kat sana tu banyak mazhab salah satunya mazhab syaiah yang melampau. mereka ni yang suka membunuh saudara seislam kita. bukan kata semua syiah tu sesat tetapi fahaman puak tertentu menjatuhkan hukuman membunuh saudara seislam yang berfahaman sunnah adalah halal bagi mereka kalau tak percaya pergilah kesyria.
Catat Ulasan